CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dedah Anak Dicubit Guru Kerana Berjalan Dan Bercakap Dalam Kelas

3-9-2022 11:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1204| Komen: 8

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita mengadu anaknya dicubit oleh seorang guru di sekolah sehingga meninggalkan kesan merah pada badannya, lapor laman berita Suara.com semalam.


Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia.



Menurut wanita berkenaan, anaknya menjadi trauma dan takut untuk ke sekolah untuk diajar oleh guru terbabit.

“Padahal masih belum 3 bulan masuk sekolah,” katanya.

Wanita itu menunjukkan kesan merah pada bahagian badan anaknya.


Sambil merakam, wanita itu didengari bertanyakan soalan kepada anaknya. Budak lelaki itu berkata bahwa kesan merah itu sakit jika ditekan.

Menurut guru tersebut, pelajar itu dicubit kerana berjalan dan bercakap ketika dia sedang mengajar.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.



“Saya hairan dengan didikan manja ibu bapa zaman sekarang. Buat sekolah sendiri sahaja puan,” kata seorang netizen.

“Dulu saya dipukul dengan pembaris kayu besar sampai patah, sumpah sakit sangat,” tambah seorang lagi. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RaraLavenda 4-9-2022 09:50 AM
Mak bapak macam ni lah yg melahirkan anak2 yg manja n kurang ajar. Langsung tak boleh ditegur walaupun anak2 tu buat silap.
Quote zarulnazmi 4-9-2022 10:42 AM
Manja tahap seret gaban ke ruang angkasa setan.
Quote becir 4-9-2022 10:45 AM
Cikgu pun kenapa nak memukul mencubit anak murid. Bukan dah tak boleh ke? Ikut saja sop kpm. Ni bukan zaman dulu pukul boleh jadi orang so called
Quote Flake123 4-9-2022 10:49 AM
becir replied at 4-9-2022 10:45 AM
Cikgu pun kenapa nak memukul mencubit anak murid. Bukan dah tak boleh ke? Ikut saja sop kpm. Ni buka ...

Ni kat indon sis
Quote Adrif 4-9-2022 03:44 PM
masa zaman aku sekolah rendah dulu, boleh kata waktu tu aku jenis pasif. lagi suka duk baca buku atau main lukis sorang-sorang. tapi ye la, sekolah rendah, cikgu takde. memang haru biru la kelas, budak2 main kejar-kejar, gelak kuat-kuat, sembang non-stop. meja terbalik, kerusi tertonggeng, semua tu normal.

sekali ada cikgu garang lalu, satu kelas dia suruh berdiri,
dia cubit perut budak guna KUKU dia. pedih beb.
walaupun kita diam, tapi sebab kelas bising. kena jugak, hahaha.
balik rumah, bukak baju, tempat kena cubit berdarah. kulit terkoyak sikit. tudiaaa cikgu nye pon

besok budak buat lagi, cubit pun tak guna, tak jalan, hahaha
Quote namr 4-9-2022 03:53 PM
masa sekolah menengah dulu rajin kena cubit ngan cikgu kat area perut..sakit sekejap jah..yg aku takleh lupa kena tarik tudung sbb tak pakai jarum.cikgu babi ni kalu aku jumpa kat luar skrg mmg aku maki jah..setan punya cikgu
Quote pooh~key 4-9-2022 03:55 PM
becir replied at 4-9-2022 10:45 AM
Cikgu pun kenapa nak memukul mencubit anak murid. Bukan dah tak boleh ke? Ikut saja sop kpm. Ni buka ...

Kat indon tak panggil KPM kot dek? Mungkin KPI stands for kementerian pendidikan indon kot noh dek?
Quote slyfynx 4-9-2022 04:22 PM
becir replied at 4-9-2022 10:45 AM
Cikgu pun kenapa nak memukul mencubit anak murid. Bukan dah tak boleh ke? Ikut saja sop kpm. Ni buka ...

Ni salah satu golongan yang parents x bg sentuh anak sampai membaca pun x nak ni.

Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Republik Indonesia yang perlu dibuat aduan ye. x tau pulal SOP deme cemane.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.043084 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top