Kuala Krai: Seorang lelaki mati lemas selepas menyelamatkan dua kanak-kanak yang tergelincir ketika mandi di Air Terjun Lata Kertas, Dabong di sini, hari ini.
Difahamkan dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, Mohd Johari Mohd Rozali, 36, sedang mandi sebelum dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan tahun tergelincir di atas batu dan terjatuh lalu berpaut pada mangsa. Dalam keadaan kelam kabut, orang awam yang berada di kawasan perkelahan itu menyelamatkan kedua kanak-kanak berkenaan. Dalam masa sama mangsa dilihat terkapai-kapai dan lemas sebelum bapa salah seorang kanak-kanak itu menariknya naik dan memberikan bantuan pernafasan (CPR).
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Pegawai Bomba Kanan II Farizal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 10.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian 19 minit kemudian. Katanya, seramai enam pegawai dan anggota termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari BBP Dabong bergegas ke lokasi kejadian. "Sebaik tiba di lokasi, kami mengambil alih untuk memberikan CPR kepada mangsa, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital yang hadir untuk pemeriksaan. "Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk tindakan lanjut. "Operasi berakhir pada jam 11.15 pagi," katanya ketika dihubungi. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Difahamkan dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, Mohd Johari Mohd Rozali, 36, sedang mandi sebelum dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan tahun tergelincir di atas batu dan terjatuh lalu berpaut pada mangsa.
batu kikir replied at 3-9-2022 04:18 PM
Nasihat. Kalau diri sendiri tak tahu berenang janganlah nak jadi hero.
krustykrab replied at 3-9-2022 04:30 PM
Kalau ikut artikel atas, bebudak tu terjatuh n berpaut kt mangsa. Org ramai panik n sibuk nk selam ...
batu kikir replied at 3-9-2022 07:06 PM
Kalau macam tu memang dah ajal dia la. Musim2 hujan ni tak yah lah kita nak kecoh picnic dekat wat ...
Nokiaman replied at 3-9-2022 08:33 PM
Ummah Melayu nie gigih nak berpiknik bagai siap bawak mak datuk yg menunggu masuk liang lahad..
Da ...
Nokiaman replied at 3-9-2022 08:33 PM
Ummah Melayu nie gigih nak berpiknik bagai siap bawak mak datuk yg menunggu masuk liang lahad..
Da ...
batu kikir replied at 3-9-2022 04:18 PM
Nasihat. Kalau diri sendiri tak tahu berenang janganlah nak jadi hero.
Nokiaman replied at 3-9-2022 08:33 PM
Ummah Melayu nie gigih nak berpiknik bagai siap bawak mak datuk yg menunggu masuk liang lahad..
Da ...
batu kikir replied at 3-9-2022 07:06 PM
Kalau macam tu memang dah ajal dia la. Musim2 hujan ni tak yah lah kita nak kecoh picnic dekat wat ...
ADVERTISEMENT