View: 2723|Reply: 23
|
Lelaki Mati Lemas Selepas Selamatkan Dua Budak Tergelincir Ketika Mandi Di Air Terjun
[Copy link]
|
|
Kuala Krai: Seorang lelaki mati lemas selepas menyelamatkan dua kanak-kanak yang tergelincir ketika mandi di Air Terjun Lata Kertas, Dabong di sini, hari ini.
Difahamkan dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, Mohd Johari Mohd Rozali, 36, sedang mandi sebelum dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan tahun tergelincir di atas batu dan terjatuh lalu berpaut pada mangsa.
Dalam keadaan kelam kabut, orang awam yang berada di kawasan perkelahan itu menyelamatkan kedua kanak-kanak berkenaan.
Foto: JBPM
Dalam masa sama mangsa dilihat terkapai-kapai dan lemas sebelum bapa salah seorang kanak-kanak itu menariknya naik dan memberikan bantuan pernafasan (CPR).
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Pegawai Bomba Kanan II Farizal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 10.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian 19 minit kemudian.
Katanya, seramai enam pegawai dan anggota termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari BBP Dabong bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, kami mengambil alih untuk memberikan CPR kepada mangsa, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital yang hadir untuk pemeriksaan.
"Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk tindakan lanjut.
"Operasi berakhir pada jam 11.15 pagi," katanya ketika dihubungi. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah siannya mangsa tu. Mohon Allah tempatkan arwah di kalngan org beriman |
|
|
|
|
|
|
|
Nasihat. Kalau diri sendiri tak tahu berenang janganlah nak jadi hero. |
|
|
|
|
|
|
|
Jap, kanak2 jatuh lalu berpaut pada mangsa means mangsa ni berada di tempat yang salah ke hape?
Difahamkan dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, Mohd Johari Mohd Rozali, 36, sedang mandi sebelum dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan tahun tergelincir di atas batu dan terjatuh lalu berpaut pada mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah.
Innalihiwarohjioun.
Siannya.
Semoga mati syahid. |
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 3-9-2022 04:18 PM
Nasihat. Kalau diri sendiri tak tahu berenang janganlah nak jadi hero.
Kalau ikut artikel atas, bebudak tu terjatuh n berpaut kt mangsa. Org ramai panik n sibuk nk selamakn bebudak tu, si mangsa pulak terkapai² kt dlm sblm ditarik bapa salah sorg bebudak tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 3-9-2022 04:30 PM
Kalau ikut artikel atas, bebudak tu terjatuh n berpaut kt mangsa. Org ramai panik n sibuk nk selam ...
Kalau macam tu memang dah ajal dia la. Musim2 hujan ni tak yah lah kita nak kecoh picnic dekat waterfall ke, sungai ke. Aku pernah duduk2 lepak kat batu ambil gambar di sungai (lupa nama sungai ni) dlm negri Selangor. Dalam tak sedar....... keliling batu aku duduk tu penuh air yg laju gila. Nasib nampak ada batu yg tinggi sikit. Lompat atas tu lepas tu lompat ke darat. Allah nak bagi aku selamat. Kejadian ke 2.....mandi manda anak beranak di pantai dekat Pulau Pangkor. Tiba2 pantai tu dari paras perut terus tak jejak kaki (bukan pantai yg landai mcm PD). Nasib baik ada satu pelampung getah.....aku suruh anak2 aku paut kuat2 dan aku tolak dengan guna kaki ( mcm propeller) sampai ke pantai. Until now aku tak suka aktiviti air... Dah jeran |
|
|
|
|
|
|
|
Aku "kagum" betul dgn mak pak yg suka bawak anak2 mandi manda di kawasan2 bahaya dan musim2 hujan ni..
Innalillah buat lelaki yang meninggal... |
|
|
|
|
|
|
|
Musim2 hujan tak menentu ni x payah la nak mandi manda kat sungai atau laut. Ptg semalam 2 kereta hanyut dibawa arus kepala air. |
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 3-9-2022 07:06 PM
Kalau macam tu memang dah ajal dia la. Musim2 hujan ni tak yah lah kita nak kecoh picnic dekat wat ...
Biasa la kan manusia...masa ada kejadian masing² duk bising..lps lama sikit lupa lah, aktiviti mcm biasa balik.
Aku pulak mmg tak suka aktoviti yg melibatkn air ni, sb trauma masa kecik sampai skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
Nokiaman replied at 3-9-2022 08:33 PM
Ummah Melayu nie gigih nak berpiknik bagai siap bawak mak datuk yg menunggu masuk liang lahad..
Da ...
Saja tu nk bg makpak masing2 pi dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Nokiaman replied at 3-9-2022 08:33 PM
Ummah Melayu nie gigih nak berpiknik bagai siap bawak mak datuk yg menunggu masuk liang lahad..
Da ...
Jenis keluarga kalau berjalan atuk nenek adik beradik ipar biras segala semua nak jalan sesama kan… lepas tu dah ramai2 rombongan mcm tu singgah pulak rumah kita.. macam la mak pak mertua ipar biras anak manakan dia semua tu saudara mara kita jugak… menyusahkan tuan rumah je.. hahahaha, post takde kaitan dgn thread.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg meninggal ni pegawai lhdn duta. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Alfatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry tak semua org bodoh2 pegi time cuaca bgini. Tapi itu semua qada dan qadar. Ada waktu kita lalai maka ia mengundang musibah pada diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa la budak kalau lemas dia berpaut pada kita kuat kuat sampai kita pon lemas.sbb tu kena tarik kepala je jgn bg mangsa gapai kita dgn tangan .kesianya family abg tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman |
|
|
|
|
|
|
|
Nokiaman replied at 3-9-2022 08:33 PM
Ummah Melayu nie gigih nak berpiknik bagai siap bawak mak datuk yg menunggu masuk liang lahad..
Da ...
Kdg2 mak datuk yg menunggu masuk liang lahad ni yg nk berjln sangat..konon nk ambik angin tepi pantai..air terjun...tk bw merajuk..mengalahkan budak2....terpaksa la ank2 yg taat bw jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by namr at 4-9-2022 09:56 AM
innalillah..ajal dah sampai.kdg2 yg terer berenang pun lemas..byk ja jd..
dulu masa masih budak2 n tinggal kat kmpg mak, iols terer berenang sbb hari2 berkuntum kat sungai. dah kena sesah ngan mak baru nak balik..bila dah pindah felda tak da sungai n lama tak berenang iols jd penakut dgn air sungai..tak tahu kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon sama... kat pantai.. tetibe je kaki dh x jejak pasir.. padahal elok2 je main air, boleh berdiri sume.. punya la cpt air pasang.. nasib baik ada brother kat depan aku.. cpt2 aku tarik tangan dia... mmg serik lepas tu.. kalau nk main air pon, kat tepi2 je..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|