CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sakit Mental Pecah Masuk Rumah Dan Bakar Langsir Dihantar Ke Hospital

2-9-2022 09:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1159| Komen: 9

Tindakan seorang lelaki memecah masuk dan membakar langsir sebuah rumah di Taman Bukit Tunku, membawa padah apabila ditahan pada Khamis.


Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 28 tahun yang memaklumkan mengenai kes itu pada jam 6.04 petang.


Gambar hiasan

"Bertindak atas laporan tersebut, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek berusia 30 tahun yang turut mencucuh sofa dan gambar hiasan dinding di dalam rumah pengadu dengan menggunakan puntung rokok," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Eng Lai berkata, suspek didapati mengalami masalah mental dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan," ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ditalian 03-40482222," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MelahJanda 2-9-2022 09:18 PM
Ni dia kacau budak pompan kat twitter tu
Quote wikedsaikel 3-9-2022 05:29 AM
MelahJanda replied at 2-9-2022 09:18 PM
Ni dia kacau budak pompan kat twitter tu

Semalam yg kacau tu reply tweet org lain untuk Whats your favourite drink? (Org yg dapat reply tu screenshot dan tweet).
Dia jreply nama perempuan yg dia stalk tu. Lawa wo perempuan tu.
Quote nurul_akmar 3-9-2022 05:33 AM
Umah bukit tunku punya besar2, gate setinggi alam, berguard2 pon ko blh masuk
Quote jazaa100 3-9-2022 09:15 AM
Taik dadah ke....
Quote renko 3-9-2022 09:18 AM
mental xmental
beduk je puas2
Quote prettyuglybabe 3-9-2022 09:19 AM
tapi kes budak twidder tu yang mengadu pompuan..
ini yang mengadu pun laki jugak..
Quote mawarkhayalan99 3-9-2022 09:19 AM
camne lepas masuk rumah tu. aiyooo scary af
Quote Udangpetai 3-9-2022 11:39 AM
Bukan sama dgn yg kat twidder tu eh? Sbb dlm berita ckp yang ngadu ni lelaki. Apapun takutnya. Kalau aku nangis sebulan pun tak habis lagi agaknya.
Quote ezacbee 3-9-2022 12:01 PM
Mental pun boleh masuk rumah situ. Ada kunci rumah ke?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.041303 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top