View: 869|Reply: 9
|
Lelaki Sakit Mental Pecah Masuk Rumah Dan Bakar Langsir Dihantar Ke Hospital
[Copy link]
|
|
Tindakan seorang lelaki memecah masuk dan membakar langsir sebuah rumah di Taman Bukit Tunku, membawa padah apabila ditahan pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 28 tahun yang memaklumkan mengenai kes itu pada jam 6.04 petang.
Gambar hiasan
"Bertindak atas laporan tersebut, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek berusia 30 tahun yang turut mencucuh sofa dan gambar hiasan dinding di dalam rumah pengadu dengan menggunakan puntung rokok," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Eng Lai berkata, suspek didapati mengalami masalah mental dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
"Motif kejadian masih dalam siasatan," ujarnya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ditalian 03-40482222," katanya.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Ni dia kacau budak pompan kat twitter tu |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda replied at 2-9-2022 09:18 PM
Ni dia kacau budak pompan kat twitter tu
Semalam yg kacau tu reply tweet org lain untuk Whats your favourite drink? (Org yg dapat reply tu screenshot dan tweet).
Dia jreply nama perempuan yg dia stalk tu. Lawa wo perempuan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Umah bukit tunku punya besar2, gate setinggi alam, berguard2 pon ko blh masuk |
|
|
|
|
|
|
|
mental xmental
beduk je puas2 |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kes budak twidder tu yang mengadu pompuan..
ini yang mengadu pun laki jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
camne lepas masuk rumah tu. aiyooo scary af |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan sama dgn yg kat twidder tu eh? Sbb dlm berita ckp yang ngadu ni lelaki. Apapun takutnya. Kalau aku nangis sebulan pun tak habis lagi agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mental pun boleh masuk rumah situ. Ada kunci rumah ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|