Baru-baru ini, media tempatan melaporkan mengenai seorang wanita yang kecewa dengan layanan kakitangan dan sistem sebuah bank tempatan yang dikatakan tidak mesra pelanggan serta menyusahkan.
Katanya, dia terpaksa ‘mengangkut’ ibunya yang kini terlantar di atas katil menggunakan ambulans untuk ke bank bagi proses penukaran kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Wanita ini berkongsi beberapa gambar ketika membawa ibunya ke bank menggunakan ambulans. Lebih mengejutkan, pihak bank didakwa memaklumkan tiada cara lain untuk memperbaharui kad ATM melainkan ibunya sendiri perlu hadir bagi proses berkenaan.
Kejadian ini menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk golongan selebriti. Pelakon Datuk Fizz Fairuz mempersoalkan tindakan bank dan berharap isu sebegini tidak berulang dan ada penyelesaian yang baik. Di ruangan komen, terlihat beberapa rakan artis seperti Emelda Rosemila dan Azza Elite bersetuju dengan apa yang disuarakan Fizz itu. Memetik Kosmo, wanita terbabit turut mendedahkan terpaksa menanggung kos yang tinggi dan menyifatkan bank tidak bertimbang rasa dalam menangani isu seperti ini. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT