View: 1482|Reply: 6
|
Kes Angkut Ibu Naik Ambulans Tukar Kad ATM, Fizz Fairuz Harap Bank Dapat Perbaiki Perkhidmatan
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, media tempatan melaporkan mengenai seorang wanita yang kecewa dengan layanan kakitangan dan sistem sebuah bank tempatan yang dikatakan tidak mesra pelanggan serta menyusahkan.
Katanya, dia terpaksa ‘mengangkut’ ibunya yang kini terlantar di atas katil menggunakan ambulans untuk ke bank bagi proses penukaran kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
IG Fizz
Wanita ini berkongsi beberapa gambar ketika membawa ibunya ke bank menggunakan ambulans.
Lebih mengejutkan, pihak bank didakwa memaklumkan tiada cara lain untuk memperbaharui kad ATM melainkan ibunya sendiri perlu hadir bagi proses berkenaan.
Kejadian ini menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk golongan selebriti.
Pelakon Datuk Fizz Fairuz mempersoalkan tindakan bank dan berharap isu sebegini tidak berulang dan ada penyelesaian yang baik.
Di ruangan komen, terlihat beberapa rakan artis seperti Emelda Rosemila dan Azza Elite bersetuju dengan apa yang disuarakan Fizz itu.
Memetik Kosmo, wanita terbabit turut mendedahkan terpaksa menanggung kos yang tinggi dan menyifatkan bank tidak bertimbang rasa dalam menangani isu seperti ini.
Sumber: Murai |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar kad bank sebab kena thumb print kan..so mmg nak xnk owner kena p..mcm adik aii tuhari CIMB card expired masa dia tgh pantang nk mintak tlg org renew card xboleh..nasib baik la yg xboleh guna just withdraw..online banking semua xdak problem..dah la pantang kat kg.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang macamni lah di mana2 pun... tapi ni paling sedih sampai kena angkut pakai ambulans... sebelum ni kena tolak pakai wheelchair je...
nak buat macam mana mesin fingerprint tu pun bergantung kepada connection kat bank tu... kalau wireless dan boleh pakai wifi rasanya mesti bank pun boleh suruh pekerja ke rumah... unless seluruh kakitangan kat bank tu pun lumpuh... |
|
|
|
|
|
|
|
sblm ni kwsp kena kecam
ni isi sama utk bank juga
bank duit byk² pun xbopeh buat sistem yg lebih efisyen ke?
ingatkan gomen je sop dan sistem cikai, bank pun sedeyyy jugek? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak komen lebih² pun aku xpernah kerja bank. Tapi tahu la yang bank punya security regulations bagai tu strict gila. Bukan boleh buat suka² hati. Harap lepas ni pihak bank boleh cari solution untuk kes² macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli keluarga makcik tu pon bodoh. Online banking kan ada. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 3-9-2022 11:32 AM
Ahli keluarga makcik tu pon bodoh. Online banking kan ada.
Bru nak cakap |
|
|
|
|
|
|
| |
|