CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemancing Hanyut 11 Hari Di Lautan Atlantik Tanpa Makan Dan Minum, Dah Sampai Darat Kena Penjara Pula

2-9-2022 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1743| Komen: 6

Seorang pemancing yang hilang di laut selama 11 hari tanpa makanan dan minuman, ditemukan terapung di dalam peti sejuk beku.

Menerusi rakaman video tular, Romualdo Macedo Rodrigues berada di lautan Atlantik, selepas hanyut sejauh 280 batu (450 kilometer).

Sebelum kejadian, lelaki berusia 44 tahun itu dikatakan bertolak dari Oiapoque di utara Brazil untuk memancing di sebuah pulau di luar pantai Guiana Perancis pada akhir Julai, selama beberapa hari.

Namun, bot kayu sepanjang tujuh meter ke Ilet la Mere tiba-tiba dinaiki air dan tenggelam.


Foto: Daily Mail


Menceritakan pengalamannya, Romualdo berkata, dia bukan sahaja terkandas di laut selama 11 hari malah turut dipenjarakan selama 16 hari lagi ketika sampai ke darat kerana tidak mempunyai sebarang dokumen.

"Saya tidak tahu berenang. Mujur terdapat peti sejuk beku di atas bot, jadi saya membuat keputusan untuk duduk di dalamnya.

"Sepanjang tempoh tidak makan dan minum selama 11 hari itu, saya berkemungkinan kehilangan berat badan kira-kira lima kilogram," ujarnya yang turut bimbang di makan jerung.

Terdahulu dia diselamatkan oleh anak kapal di perairan di luar pantai Suriname, yang bersempadan dengan Guiana Perancis di sebelah barat. - CARI

Sumber: mStar Online/ The Sun

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 2-9-2022 04:12 PM
Tak minum selama 11 hari?
Quote CiliPadiSedap 2-9-2022 05:03 PM
lattehazelnut: Tak minum selama 11 hari?


air laut xblh minum nanti kena kencing masin

Quote Skuau 2-9-2022 05:04 PM
kes camtu pon kena penjara....kt negara orang.Kt negara kita...kes camni..depa akn dibagi tinggal,kemahiran + pekerjaan......'cakap lu'.
Quote sharlenetexas 2-9-2022 05:07 PM
Nak letak dokumen kat celah mana?
Kan sensng pakai chip.


Quote Hoshhi 2-9-2022 08:51 PM
Kejam gile[em:12:]
Quote Firenzza 3-9-2022 10:03 AM
Hoshhi replied at 2-9-2022 08:51 PM
Kejam gile[em:12:]

Kejam? Tidak sebenarnya, ada setengah ngra hukum sebat kpd pati2 yg masuk ngra mrk. Ada kes nlyn kita terbalik bot masa ribut & terkandas di perairan spore, penguatkuasa diorg tgkp & terus lokap, esoknya kena bicara sbb ceroboh & didenda/penjara.

Lain plk kt ngra sini pati2 siap didodoikan lagu slmt mlm rohingya sampai blh bukak kedai kawin org lokal

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.042777 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top