Ketika industri seni dibanjiri pelbagai isu membabitkan pelakon baharu, sutradara hebat, Aziz M. Osman pula melontarkan pandangan berbeza. Bagi pengarah siri filem francais, XX Ray ini, lambakan pelakon baharu perlu, terutama jika mereka berbekalkan minat dan semangat untuk menggali sebanyak mana ilmu dalam bidang lakonan.
“Kita memang ada ramai pelakon, tetapi yang boleh ke depan belum nampak lagi. Ada yang memang boleh berlakon, bagi watak apa pun menjadi, tetapi maaf cakap, karisma seorang bintang itu tidak ada. “Saya faham senario penggambaran zaman sekarang berbeza. Kalau dulu, sebuah telemovie mengambil masa penggambaran dua minggu untuk disiapkan, tetapi sekarang, paling lama enam hari sahaja. “Kita sudah jadi macam kilang drama. Buat drama sebanyak yang boleh. Kuantiti memang hebat, tetapi kualiti? Yang berbakat tidak menonjol. Tidak ada faktor X seperti pelakon senior. Kita mahu cari seperti Noor Kumalasari, Eman Manan, tetapi tidak ada,” katanya.
Lantas ke bahu siapa harus kita letakkan salah? Adakah pelakon itu sendiri yang gagal mencipta identiti sebagai bintang atau pengarah sekadar menjalankan tugas menyiapkan sesebuah naskhah? Sutradara berusia 59 tahun itu bagaimanapun, tidak meletakkan salah di bahu sesiapa. Dia mengakui pernah berada dalam situasi sesebuah nilai seni harus diletak ke tepi demi mengejar kuantiti. “Bukan salah pelakon atau pengarah. Saya sendiri pernah terperangkap apabila diminta menyiapkan 12 hingga 15 babak sehari. Macam mana kita mahu titikberatkan seni? “Jadi, kita tidak tumpukan hal-hal terperinci. Emosi, penjiwaan semua itu ‘pudar’. Ironinya, ada yang boleh menerima hasil sebegitu,” katanya. SASARAN ASAL SIAP Melayangkan pula persoalan pelakon baharu yang dikatakan kayu dan tidak berbakat, anak seni yang sudah 49 tahun bergelumang dalam industri hiburan ini tidak menyalahkan mereka seratus peratus. “Macam mana hendak belajar dan cari ilmu lakonan kalau satu hari kena berkejar-kejar ke dua set penggambaran? Bagaimana hendak mencungkil dan menggali Ilmu? Sasaran mereka untuk siapkan sahaja naskhah. Itu yang menjadi punca kayu, tidak berbakat semua,” katanya.
|
Potpouri replied at 3-9-2022 02:20 AM
Seriuslah..dari dulu pun ramai kayu kayan kot..
Seingat aku, zaman P ramlee lakonan mantop.. pastu ...
Potpouri replied at 3-9-2022 02:20 AM
Seriuslah..dari dulu pun ramai kayu kayan kot..
Seingat aku, zaman P ramlee lakonan mantop.. pastu ...
ADVERTISEMENT