Melihat segelintir rakan artis terkandas di pertengahan jalan untuk kekal istiqamah berhijab mengundang rasa simpati dalam diri penyanyi hip hop sensasi, Zizi Kirana, 37.
Enggan menghakimi keputusan diambil orang lain, sebaliknya Zizi meminta masyarakat agar tidak memberi tekanan dan terus memanjatkan doa pintu hati mereka dibuka semula untuk berhijab. "Sejujurnya, paling sukar untuk kekal istiqamah selepas bertudung. Disebabkan itu, saya mengelak untuk berbicara soal berhijab walaupun ramai bertanya mengenainya sejak awal lagi. "Saya sendiri tidak melakukannya secara drastik, tetapi perlahan-lahan memakai hijab ketika Ramadan, sebelum membuat keputusan berhijrah sepenuhnya.
"Saya tak mahu melakukan sesuatu dengan cara mengejut. Paling penting, biarlah keputusan berhijrah dibuat atas kerelaan, bukannya desakan sesiapa. "Mengenai tindakan segelintir artis membuka tudung, saya akui kasihan dengan mereka. Nak ulas panjang lebar pun kita tidak berada di tempat mereka dan tak tahu apa dugaan dilalui hingga terpaksa membuat keputusan seberat ini," katanya kepada BH Online. Apabila memilih menutup aurat, pemilik nama lengkap Nur Fazelah Mad Tahil, 37, ini mengakui, dia kini lebih teliti dari segi imej dan pemakaian. Ini kerana katanya, dia perlu menjaga batas sebagai isteri, memandangkan ada banyak mata memerhati. "Apabila keluar rumah, saya perlu jaga maruah suami dan keluarga. Justeru, soal penampilan amat dititikberatkan setiap kali keluar rumah atau nak buat persembahan. "Saya kena tengok apakah tudung dan pakaian bersesuaian ketika mengadakan persembahan. Alhamdulillah, saya sangat selesa dengan penampilan baru, tiada pula rasa rindu dengan imej lama," ungkap penyanyi lagu Eh! ini. Bersesuaian dengan imej berhijab, Zizi mendedahkan, dia tidak akan menyanyikan lagu yang mesejnya bertentangan dengan penampilannya itu. Dalam perkembangan lain, Ziza teruja bakal mengadakan persembahan pada Konsert Faztival Fazura yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 11 September ini. Lebih menyeronokkan berkongsi pentas dengan wanita idolanya, Nur Fazura yang juga penganjur konsert.
|
makcun14: Abis tu zaman freehair , marua ...
LadyCarefree replied at 1-9-2022 08:52 PM
Sembang poyo sangatlah sejak totop ghambot
babycc replied at 1-9-2022 02:25 PM
Dulu masa sexy pon ayat die berlagak.. da litop pon berlagak juga..
ayukpingu replied at 2-9-2022 09:35 AM
asal nya dulu dia penyanyi nasyid kat sabah...
pastu masuk af...semua terbang...
stingergrumpy replied at 2-9-2022 02:55 AM
Maruah mak ayah dulu tak sekuat maruah suami skg....
Gitewwwwwwwww
ADVERTISEMENT