CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Bernafas Susah, Panas, Sesak Nak Bergerak Tak Boleh," Aliff Syukri Sambut Hari Merdeka

1-9-2022 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1515| Komen: 5

Datuk Seri Aliff Syukri membuat perkongsian di media sosial mengenai pengalamannya sekeluarga menghadiri sambutan Hari Kebangsaan yang berlangsung di Dataran Merdeka semalam.


Kongsi Aliff, dia akui banyak dugaan yang harus dihadapi oleh mereka sekeluarga untuk menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 itu.


Foto: IG

“Inilah hari merdeka kami sekeluarga. Banyak betul dugaan nak pergi perarakan hari merdeka di Kuala Lumpur. Kami sekeluarga membuat keputusan untuk tidur di rumah kami di Pavilion Bukit Bintang.

Rancangannya nak keluar awal pagi untuk mengelakkan kesesakan tetapi maklumlah ramai, banyak ragam ada yang tak nak bangun, ada yang menangis jadi sudahnya 6.00 pagi baru kami keluar.”




Akui terkejut dengan kehadiran ratusan ribu pengunjung yang turut membanjiri Dataran Merdeka, Aliff Syukri menitipkan rasa lega diberi peluang untuk mendapat tempat untuk duduk walaupun tiba agak lewat.



“Ya Allah ramainya Allah sahaja yang tahu sampai nak bernafas susah, panas dan sampai nak bergerak pun tak boleh. Nasib baik saya diberi peluang duduk depan walaupun datang agak lewat jam 6.30 pagi.”

Walau bagaimanapun, Aliff Syukri mengatakan bahawa ia adalah momen bermakna buat mereka sekeluarga dan rakyat yang mahukan kemajuan dan kedamaian. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zeetot 1-9-2022 03:48 PM
Dalam tiktok yg merakam, dia kelihatan normal. Takde la macam nak perhatian ke apa.
Quote tikusmontok 1-9-2022 03:55 PM
Kenapa? Ko ingat boleh santai2 jer disambut mesra penjilat2 sambil buat content?
Quote naina 1-9-2022 07:54 PM
Jelasnya dia boleh tengok depan2 jugak walau datang dah sesak. Maybe sebab naik train terus kedepan.
Quote Perawankota 1-9-2022 10:03 PM
naina: Jelasnya dia boleh tengok depa ...


Maybe dia ada access kot utk dpt yg tmpt duduk tu..
Quote mendeluk 1-9-2022 10:16 PM
zeetot replied at 1-9-2022 03:48 PM
Dalam tiktok yg merakam, dia kelihatan normal. Takde la macam nak perhatian ke apa.

Rasanya dia ok jaa irl. Tapi biasalah buat content and marketing, mesti lah kena jadi attention seeker sikit

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.117435 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top