Pengacara yang juga seorang pelakon, Ain Edruce, mendedahkan dia memilih untuk tidak berkongsi gambar dirinya yang dianggap seksi di media sosial.
Memetik laporan Gempak, pemilik nama sebenar, Nurulain Edruce, 31, itu menjelaskan tindakan tersebut dilakukan demi menjaga nama baik suami serta keluarga daripada menjadi bahan perbualan netizen.
"Saya adalah sejenis yang memikirkan sesuatu terlebih dahulu sebelum memuat naik apa-apa perkongsian di media sosial. Saya akan fikirkan tentang ibu ayah dan keluarga saya.
"Sebagai contoh, kalau pergi mana-mana acara, jika pakaian itu terlalu seksi saya tidak akan kongsi di media sosial supaya tidak menjadi bualan orang terutama netizen.
"Saya lakukan itu demi menjaga nama baik keluarga dan suami. Saya tidak mahu nama baik keluarga saya diperkatan," katanya dalam temu bual selepas majlis Anugerah Stail EH! 2022.
Kata Ain lagi, netizen juga tidak seharusnya berkata melulu apabila ada segelintir selebriti yang melakukan kesilapan.
Walaupun hanya sebagai pengguna media sosial, namun setiap individu terikat dengan undang-undang berkaitan aplikasi tersebut.
"Netizen akan mengambil peluang untuk berkata buruk apabila ada artis berpakaian seksi atau melakukan kesilapan. Itu tidak baik.
"Mungkin mereka tidak tahu bahawa undang-undang salah guna media sosial itu wujud. Kalau mereka tahu tentang itu, mereka pasti akan lebih berhati-hati dalam melontarkan kata-kata yang agak sensitif," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Oo kiranya boleh pakai seksi tapi jgn post kat ig jela? Ape ke bangang nye... Dh tu kalau pakai seksi kt luar tu, xmalukan famiky plk? Kalo post bru fmily malu?