CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1148|Reply: 1

Tak Kongsi Gambar Seksi Di Media Sosial, Ain Edruce Mahu Jaga Nama Baik Suami & Keluarga

[Copy link]
Post time 1-9-2022 08:53 PM | Show all posts |Read mode


Pengacara yang juga seorang pelakon, Ain Edruce, mendedahkan dia memilih untuk tidak berkongsi gambar dirinya yang dianggap seksi di media sosial.



Memetik laporan Gempak, pemilik nama sebenar, Nurulain Edruce, 31, itu menjelaskan tindakan tersebut dilakukan demi menjaga nama baik suami serta keluarga daripada menjadi bahan perbualan netizen.



  



"Saya adalah sejenis yang memikirkan sesuatu terlebih dahulu sebelum memuat naik apa-apa perkongsian di media sosial. Saya akan fikirkan tentang ibu ayah dan keluarga saya.



"Sebagai contoh, kalau pergi mana-mana acara, jika pakaian itu terlalu seksi saya tidak akan kongsi di media sosial supaya tidak menjadi bualan orang terutama netizen.



"Saya lakukan itu demi menjaga nama baik keluarga dan suami. Saya tidak mahu nama baik keluarga saya diperkatan," katanya dalam temu bual selepas majlis Anugerah Stail EH! 2022.



  



Kata Ain lagi, netizen juga tidak seharusnya berkata melulu apabila ada segelintir selebriti yang melakukan kesilapan.



Walaupun hanya sebagai pengguna media sosial, namun setiap individu terikat dengan undang-undang berkaitan aplikasi tersebut.



"Netizen akan mengambil peluang untuk berkata buruk apabila ada artis berpakaian seksi atau melakukan kesilapan. Itu tidak baik.



  



"Mungkin mereka tidak tahu bahawa undang-undang salah guna media sosial itu wujud. Kalau mereka tahu tentang itu, mereka pasti akan lebih berhati-hati dalam melontarkan kata-kata yang agak sensitif," katanya.  - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2022 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Oo kiranya boleh pakai seksi tapi jgn post kat ig jela? Ape ke bangang nye... Dh tu kalau pakai seksi kt luar tu, xmalukan famiky plk? Kalo post bru fmily malu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.460479 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list