Sebuah rumah jagaan orang tua di selatan Jepun 'mengupah' pekerjaan yang sangat penting kepada bayi untuk menemani warga emas pusat jagaan itu dan membuatkan mereka tersenyum. Gaji? Lampin dan susu formula.
Rekrut baharu di kemudahan di Kitakyushu mestilah berusia di bawah empat tahun dan penjaga mereka perlu menandatangani kontrak yang menetapkan bayi dan kanak-kanak terbabit boleh muncul untuk bekerja pada bila-bila masa mereka mahu. Bayi dan kanak-kanak itu dibenarkan berehat apabila mereka berasa lapar, mengantuk atau bergantung pada mood mereka, demikian menurut kontrak itu.
Lebih 30 bayi sudah didaftarkan setakat ini dan akan ditugaskan untuk menaikkan semangat lebih 100 penghuni yang rata-ratanya berusia 80-an, kata ketua rumah jagaan itu, Kimie Gondo. "Melihat bayi semata-mata membuatkan penghuni (rumah jagaan) kami tersenyum," katanya kepada AFP sambil ketawa memberitahu tidak ada syif atau apa-apa dikenakan kepada bayi-bayi berkenaan. Iklan kerja yang dipaparkan pada dinding di pusat jagaan itu memaparkan, 'We're hiring!' (mengupah) dan memaklumkan bayi yang diambil bekerja akan diberikan lampin dan susu formula itu sebagai upah perkhidmatan mereka. Tanggungjawab utama bayi yang berjaya mendapat pekerjaan itu adalah 'bersiar-siar' di sekitar rumah jagaan itu ditemani penjaga mereka, menurut paparan iklan itu. "Bayi-bayi itu bersama ibu mereka sepanjang masa. Ia sama seperti mereka dibawa berjalan-jalan di taman," kata Gondo. Penduduk kelihatan gembira dengan rekrut muda dan telah menyapa mereka, memulakan perbualan, atau menawarkan pelukan kepada mereka. "Mereka (bayi) comel. Ia mengingatkan saya ketika saya menjadi ibu bapa," kata penghuni rumah jagaan itu kepada stesen televisyen tempatan. Setakat ini, pengambilan 'pekerja bayi' itu menghasilkan keputusan yang memberangsangkan, kata Gondo. "Sesetengah bayi dan kanak-kanak bergaul dengan penghuni (rumah jagaan) kami dengan baik, mereka kini seperti datuk dan nenek dan cucu sebenar." Sumber: Harian Metro
|
eyansss replied at 31-8-2022 01:03 AM
alahai upahnya pun…
ADVERTISEMENT