CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 870|Reply: 2

Di Jepun, Bayi Pun Diambil Bekerja, Berehat Bila Lapar!

[Copy link]
Post time 30-8-2022 07:38 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah rumah jagaan orang tua di selatan Jepun 'mengupah' pekerjaan yang sangat penting kepada bayi untuk menemani warga emas pusat jagaan itu dan membuatkan mereka tersenyum. Gaji? Lampin dan susu formula.


Rekrut baharu di kemudahan di Kitakyushu mestilah berusia di bawah empat tahun dan penjaga mereka perlu menandatangani kontrak yang menetapkan bayi dan kanak-kanak terbabit boleh muncul untuk bekerja pada bila-bila masa mereka mahu.




Gambar hiasan/Reuters




Bayi dan kanak-kanak itu dibenarkan berehat apabila mereka berasa lapar, mengantuk atau bergantung pada mood mereka, demikian menurut kontrak itu.


Lebih 30 bayi sudah didaftarkan setakat ini dan akan ditugaskan untuk menaikkan semangat lebih 100 penghuni yang rata-ratanya berusia 80-an, kata ketua rumah jagaan itu, Kimie Gondo.


"Melihat bayi semata-mata membuatkan penghuni (rumah jagaan) kami tersenyum," katanya kepada AFP sambil ketawa memberitahu tidak ada syif atau apa-apa dikenakan kepada bayi-bayi berkenaan.




Iklan kerja yang dipaparkan pada dinding di pusat jagaan itu memaparkan, 'We're hiring!' (mengupah) dan memaklumkan bayi yang diambil bekerja akan diberikan lampin dan susu formula itu sebagai upah perkhidmatan mereka.


Tanggungjawab utama bayi yang berjaya mendapat pekerjaan itu adalah 'bersiar-siar' di sekitar rumah jagaan itu ditemani penjaga mereka, menurut paparan iklan itu.


"Bayi-bayi itu bersama ibu mereka sepanjang masa. Ia sama seperti mereka dibawa berjalan-jalan di taman," kata Gondo.


Penduduk kelihatan gembira dengan rekrut muda dan telah menyapa mereka, memulakan perbualan, atau menawarkan pelukan kepada mereka.


"Mereka (bayi) comel. Ia mengingatkan saya ketika saya menjadi ibu bapa," kata penghuni rumah jagaan itu kepada stesen televisyen tempatan.


Setakat ini, pengambilan 'pekerja bayi' itu menghasilkan keputusan yang memberangsangkan, kata Gondo.


"Sesetengah bayi dan kanak-kanak bergaul dengan penghuni (rumah jagaan) kami dengan baik, mereka kini seperti datuk dan nenek dan cucu sebenar."




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2022 01:03 AM | Show all posts
alahai upahnya pun…
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2022 01:33 AM | Show all posts

sana lampin dengan susu formula mahal mungkin.kalau ikut kekerapan bayi tukar lampin dan minum susu formula, mungkin bersamaan sebulan-2 bulan gaji?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.185849 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list