CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ryan Bakery Jawab Tuduhan Makin Sombong Selepas Popular

1-9-2022 11:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6461| Komen: 44|Original author: Tatod


Selebriti TikTok, Ryan Bakery atau lebih dikenali sebagai ' budak bedak' dalam kalangan warga maya sering mendapat perhatian dek 'content' menarik yang disajikan kepada umum.

Bagaimanapun, populariti yang dikecapinya itu tidak datang tanpa 'bayaran'. Pemuda itu berhadapan dengan tuduhan sombong dan besar kepala apatah lagi dia kini berpeluang berlakon dalam filem.


Menerusi laporan mStar, pemilik nama sebenar Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, itu mengakui dia tersinggung dengan dakwaan tersebut namun tahu situasi sedemikian sudah menjadi 'sepak terajang' dalam apabila terbabit dalam dunia seni.

"Apabila ada yang katakan saya sombong, ada juga rasa tersinggung tapi saya terbuka dan terima dengan hati kerana setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri.

"Lagi pun, sebagai manusia biasa sukar untuk kita puaskan hati semua orang. Saya terima saja apa pandangan mereka," katanya kepada mStar.


Ryan turut menjelaskan, populariti yang dikecapinya sama sekali tidak mengubah personalitinya yang gemar berjenaka.

"Saya faham, mereka hanya melihat apa yang saya paparkan di media sosial tetapi tidak mengenali saya secara peribadi. Melihat dan menilai itu mungkin berdasarkan bahasa tubuh atau reaksi wajah sahaja.

"Kalau ada yang ingin tahu, boleh datang dan tegur saya. Saya ini sebenarnya 'masuk air' dan 'gila-gila'.


"Tiada sebab untuk saya bersikap sombong kerana pengikut di media sosial yang banyak memberikan sokongan kepada saya. Tanpa mereka, saya bukanlah siapa-siapa," katanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 1-9-2022 11:20 AM
ok je dia ni. tp tu laa tgk member pon dok pakat pulun gak buat content
Quote adeqbun 1-9-2022 11:52 AM
die bkn sombong rsnye...cuma die org biasa yg baru nak up..mane la die biasa dpt fame terlebey..xkan asik nak mengenyih je 24jam...
Quote makadek 1-9-2022 11:53 AM
Dah mulaaa dah
Quote Mary_jane 1-9-2022 11:54 AM
Setakat ni masih kelakar sebab mostly relatable. Tapi yela benda cepat naik kan, better cepat sauk apa yang ada. Sambal2 takde ke Ryan?
Quote lifeline 1-9-2022 11:55 AM
Mary_jane replied at 1-9-2022 11:54 AM
Setakat ni masih kelakar sebab mostly relatable. Tapi yela benda cepat naik kan, better cepat sauk a ...

dia kluarkan product coklat tu kanmellow crunch ke apa ntah
tp still best je dia skrng ni
Quote Mary_jane 1-9-2022 12:00 PM
lifeline replied at 1-9-2022 04:55 AM
dia kluarkan product coklat tu kanmellow crunch ke apa ntah
tp still best je dia skrng ni

Oh dah ada. Pantasss.
Quote kechikchomel 1-9-2022 12:09 PM
lifeline replied at 1-9-2022 11:55 AM
dia kluarkan product coklat tu kanmellow crunch ke apa ntah
tp still best je dia skrng ni

yg tu memang dia punya ke? iolss kenal product ni dulu sebelum tengok tiktok/reels fb dia lalu lalang.
Quote lifeline 1-9-2022 01:11 PM
kechikchomel replied at 1-9-2022 12:09 PM
yg tu memang dia punya ke? iolss kenal product ni dulu sebelum tengok tiktok/reels fb dia lalu lal ...

hurmmm aah la kan
xpasti la pulak
bukan yg dia kot
hahahahhaha
Quote nylliette 1-9-2022 01:18 PM
sapa yg tuduh tu melainkan reporter xde bahan nak buat berita
Quote NazRysha 1-9-2022 01:18 PM
Nak tanya yang bumble bee kat perak tu dia punya ke mcm mana?
Quote asfaz 1-9-2022 01:22 PM
Baru dengar iklan Ryan ni kat radio. Pasal pergi sekolah,jangan buli,dengar cakap cikgu
Sedap jugak suaranya.
Quote pembacagosip 1-9-2022 01:55 PM
kechikchomel replied at 1-9-2022 12:09 PM
yg tu memang dia punya ke? iolss kenal product ni dulu sebelum tengok tiktok/reels fb dia lalu lal ...

ke dia cuma review je, bukan dia punya kan
sebelum dia popular mmg ada je video mellow tu
Quote AshkieLa 1-9-2022 02:05 PM
alaa kadang netizen yg approach pun tak kena gaya.
depan mata aku ade sorang artis ni tgh breakfast dgn gang2 dia artis juga..
yg netizen reramai ni minta nak bergambar dgn takde adab. dah macam tuan panggil org gaji datang lagak memasing panggil artis tu. aku yg dengar pun mcm wtf. dahla artis tu tgh elok makan pulak...
artis pun manusia biasa. kalau bukan masa sesuai, takyah la kacau. Common sense di situ.
aku percaya je si ryan ni terkena dgn spesis yg takde common sense la tu..
Quote BelovedTaeyeon 1-9-2022 02:19 PM
Publisiti rekaan oleh wartawan je kot
Quote VitchyPinkVitch 1-9-2022 02:23 PM
AshkieLa replied at 1-9-2022 02:05 PM
alaa kadang netizen yg approach pun tak kena gaya.
depan mata aku ade sorang artis ni tgh breakfast  ...

Hah kan… kawan aku sendiri pun jenis macam ni, konon x hadap artis. Tapi bila terserempak dgn artis tgh makan, dia gi serbu nak selfie. Pastu kalau artis tak melayan, mula la kutuk2 jaja cerita artis tu bla bla bla
Quote eyansss 1-9-2022 02:35 PM
masa orang tu takde nama, takde sape heran...  bila dah glemer mula la memasing mengaku sedara...  pastu meroyan tuduh orang tu sombong...  hahaha...  selalu sangat dah tengok menda ni jadi...  pastu mana yang tak pernah kenal langsung, dok tuduh2 macam dah kenal rapat dari dalam perut...  sedaramara yang selama ni tak pandang tak heran, sekali tetiba kata rapat gila pastu marah bila tak dapat layanan superb seperti yang diorang nak...

go budak bedak go...  pedulikan je apa yang diorang nak cakap...  ko maintain je jadi diri sendiri seperti selalu2...  dan jangan lupa tunang ya bila dah glemer ni...  ye la, masa ni la ramai yang himpit sondol padahal sebelum ni tak pandang pun ko...
Quote eyansss 1-9-2022 02:36 PM
AshkieLa replied at 1-9-2022 02:05 PM
alaa kadang netizen yg approach pun tak kena gaya.
depan mata aku ade sorang artis ni tgh breakfast  ...

aku sokong sangat...  tak tengok situasi dan keadaan...  pastu mula la meroyan tuduh2 orang tu...
Quote n3ar 1-9-2022 02:38 PM
aku tengok ok jer, cuma kena kawal la sikit.. bukan apa bila dah popular ni orang expectation tinggi..

kau nak buat content macam dulu2 pun dah susah, nanti orang tegur itu la..tegur ini la..suruh macam tu la...macam ni la...

tambah2 masuk dalam industri...kreativiti akan jadi terhad kalau ikut orang je
Quote AshkieLa 1-9-2022 03:25 PM
eyansss replied at 1-9-2022 02:35 PM
masa orang tu takde nama, takde sape heran...  bila dah glemer mula la memasing mengaku sedara...  p ...

betul sangat yg uols tulis tu.
aku member dgn adik sorang artis ni. Pernah tanya dia ok ke jadi adik artis?
dia citer dia agak stress kalau pi kenduri ke, jalan hari raya ke yg melibatkan rumah kenalan family.
Sebab org sibuk tanya si artis. kenapa tak dtg sama bla bla...
Dia and parents yg susah payah hadir selalu rasa mcm tunggul tak berguna jer. Dia kesian kat parents dia.
pastu dia citer lagi.. time sembang adik beradik, artis ni citer la yg mengaku 'sedara' ni ade message kat socmed.
Kemain claimed minat sangat yadaa yadaa, peminat no 1 bagai.. hujung2 mintak tiket free.
Pastu artis ni cakaplah yg family terdekat dia pun tak pernah mintak free, terus sentap....




Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037657 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top