CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wang Simpanan RM12 Ribu Lesap, Pegawai Bank Minta Jangan Lapor Polis Atau Bank Negara

30-8-2022 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2561| Komen: 16

PETALING JAYA – Seorang pengguna berputih mata apabila wang simpanan RM12,000 di dalam akaun bank ‘lesap’.

Kejadian malang tersebut dikongsikan seorang pengguna, Ummar di media sosial baru-baru ini.


“Hari ini (terdahulu) RM12,000 wang saya hilang dari akaun bank dan telah pergi buat laporan di bank, mereka kata ada buat pembelian guna debit kad sekitar pukul 4 pagi tadi (sebelum ini) dari Eropah.

“Persoalan di sini, limit (had) saya untuk debit kad hanya RM5,000 sahaja. Bagaimana boleh buat bayaran RM12,000 sekali transaksi dan saya tak hidupkan transaksi untuk ke luar negara sekarang sebab ada di Malaysia,” katanya.




Soalnya lagi, kenapa dia tidak menerima sebarang notifikasi pemberitahuan.

“Bagaimana pihak bank boleh lepaskan pembayaran yang banyak tanpa tanya pelanggan dulu. Sedangkan kalau saya sendiri nak guna kat luar negara pun selalu ‘decline’,” kongsinya.

Tambah pengguna tersebut, dia sudah dua kali meminta untuk menukar kad ATM selepas pulang dari Eropah kerana mengesyaki wang simpanannya berkurang secara tiba-tiba, namun tidak dibenarkan selagi tidak tamat tempoh.

Lebih mengejutkan lagi, apabila pegawai terbabit meminta pengguna berkenaan untuk tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis serta bank negara.

Selain memaklumkan wang tersebut bakal dikembalikan semula dalam tempoh 45 hari, namun tidak dapat dipastikan.

Menurut pengguna itu, dia bakal memadam hantarannya di media sosial selepas wang tersebut dikembalikan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 30-8-2022 10:53 AM
Semakin menjadi2...
Quote ifanonline 30-8-2022 10:55 AM
bank mana ni? memang lahanat bank mcm ni
Quote bottombikini 30-8-2022 11:01 AM
menakutkan betol

aku cecepat delink akaun TH kat cimpeng pagi tadi
Quote totokreturn. 30-8-2022 11:02 AM
ifanonline replied at 30-8-2022 10:55 AM
bank mana ni? memang lahanat bank mcm ni

bank rimau
Quote damsel_fiji 30-8-2022 11:18 AM
Babik nya bank kt tanah air ni
Quote Highflyer19 30-8-2022 11:23 AM
Pihak berwajib kena ambil tindakan segera
Quote ellZack 30-8-2022 11:35 AM
'Tambah pengguna tersebut, dia sudah dua kali meminta untuk menukar kad ATM selepas pulang dari Eropah kerana mengesyaki wang simpanannya berkurang secara tiba-tiba, namun tidak dibenarkan selagi tidak tamat tempoh.'

Kalau kata kad hilang/rosak, tak boleh?
Quote me12345 30-8-2022 11:59 AM
Takkan bank negara diam aje...
Quote n3ar 30-8-2022 12:02 PM
ellZack replied at 30-8-2022 11:35 AM
'Tambah pengguna tersebut, dia sudah dua kali meminta untuk menukar kad ATM selepas pulang dari Erop ...

boleh tapi berbayar...

macam aku kad bank sotong macam hampeh bila cucuk certain2 atm bank dia, tak detect...

aku bawa jumpa pegawai bank, dia kata lambat lagi nak expired so kena guna jer..kalau nak tukar gak ada kos kena bayar


Quote haryani 30-8-2022 12:32 PM
kalau tgk gaya screenshot tu, macam app MAE/ Maybank tu
Quote Zazama 30-8-2022 02:36 PM
Mcmana ya nak buat? Kaka mmg link bank cimpeng tu dgn th. Harap dpt sedikit penjelasan. T. Kasih..
Quote videcloset 30-8-2022 03:11 PM
apa masalah bank2 kat msia ni. tak cukup ke makan duit org dkt OPR?
Quote Adrif 31-8-2022 01:21 AM
uwaw. dah start kat Malaysia ke ni

ingatkan luar negara je guna trick ni
Quote cmf_premierleag 31-8-2022 01:25 AM
Based on kes ni,dia set limit 5k je...tp skali transact terus pegi 12k
Apa ke sial nya banking system skang ni?
Quote Lagubestbest 31-8-2022 01:25 AM
kena unlink semua ke camne ni?
Quote ultra78 31-8-2022 01:31 AM
ellZack replied at 30-8-2022 11:35 AM
'Tambah pengguna tersebut, dia sudah dua kali meminta untuk menukar kad ATM selepas pulang dari Erop ...

Patut ckp aje hilang. Aku pernah hilang kad dan mintak buat kad baru. Pergi bank dan diaorg terus buatkan kad baharu. Takde soalan pun.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.366262 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top