View: 1697|Reply: 16
|
[Jenayah]
Wang simpanan ‘lesap’ RM12,000, pegawai bank minta jangan lapor polis
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang pengguna berputih mata apabila wang simpanan RM12,000 di dalam akaun bank ‘lesap’.
Kejadian malang tersebut dikongsikan seorang pengguna, Ummar di media sosial baru-baru ini.
“Hari ini (terdahulu) RM12,000 wang saya hilang dari akaun bank dan telah pergi buat laporan di bank, mereka kata ada buat pembelian guna debit kad sekitar pukul 4 pagi tadi (sebelum ini) dari Eropah.
“Persoalan di sini, limit (had) saya untuk debit kad hanya RM5,000 sahaja. Bagaimana boleh buat bayaran RM12,000 sekali transaksi dan saya tak hidupkan transaksi untuk ke luar negara sekarang sebab ada di Malaysia,” katanya.
Soalnya lagi, kenapa dia tidak menerima sebarang notifikasi pemberitahuan.
“Bagaimana pihak bank boleh lepaskan pembayaran yang banyak tanpa tanya pelanggan dulu. Sedangkan kalau saya sendiri nak guna kat luar negara pun selalu ‘decline’,” kongsinya.
Tambah pengguna tersebut, dia sudah dua kali meminta untuk menukar kad ATM selepas pulang dari Eropah kerana mengesyaki wang simpanannya berkurang secara tiba-tiba, namun tidak dibenarkan selagi tidak tamat tempoh.
Lebih mengejutkan lagi, apabila pegawai terbabit meminta pengguna berkenaan untuk tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis serta bank negara.
Selain memaklumkan wang tersebut bakal dikembalikan semula dalam tempoh 45 hari, namun tidak dapat dipastikan.
Menurut pengguna itu, dia bakal memadam hantarannya di media sosial selepas wang tersebut dikembalikan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/08/30/wang-simpanan-lesap-rm12000-pegawai-bank-minta-jangan-lapor-polis/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 30-8-2022 10:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
bank mana ni? memang lahanat bank mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
menakutkan betol
aku cecepat delink akaun TH kat cimpeng pagi tadi  |
|
|
|
|
|
|
|
Babik nya bank kt tanah air ni |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 30-8-2022 11:23 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Pihak berwajib kena ambil tindakan segera |
|
|
|
|
|
|
|
'Tambah pengguna tersebut, dia sudah dua kali meminta untuk menukar kad ATM selepas pulang dari Eropah kerana mengesyaki wang simpanannya berkurang secara tiba-tiba, namun tidak dibenarkan selagi tidak tamat tempoh.'
Kalau kata kad hilang/rosak, tak boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan bank negara diam aje... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tapi berbayar...
macam aku kad bank sotong macam hampeh bila cucuk certain2 atm bank dia, tak detect...
aku bawa jumpa pegawai bank, dia kata lambat lagi nak expired so kena guna jer..kalau nak tukar gak ada kos kena bayar
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tgk gaya screenshot tu, macam app MAE/ Maybank tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mcmana ya nak buat? Kaka mmg link bank cimpeng tu dgn th. Harap dpt sedikit penjelasan. T. Kasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa masalah bank2 kat msia ni. tak cukup ke makan duit org dkt OPR? |
|
|
|
|
|
|
|
uwaw. dah start kat Malaysia ke ni
ingatkan luar negara je guna trick ni |
|
|
|
|
|
|
|
Based on kes ni,dia set limit 5k je...tp skali transact terus pegi 12k
Apa ke sial nya banking system skang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kena unlink semua ke camne ni? |
|
|
|
|
|
|
|
ellZack replied at 30-8-2022 11:35 AM
'Tambah pengguna tersebut, dia sudah dua kali meminta untuk menukar kad ATM selepas pulang dari Erop ...
Patut ckp aje hilang. Aku pernah hilang kad dan mintak buat kad baru. Pergi bank dan diaorg terus buatkan kad baharu. Takde soalan pun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|