Teka-teki siapa yang bakal menjadi penyampai radio baru Suria FM bersama-sama dengan Ajak serta Suraya untuk segmen Morning Morning Suria kini sudah terjawab. Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, mula masuk konti pada hari ini (Isnin) menggantikan tempat penyampai radio yang sebelum ini iaitu Fizi Ali. Berita tersebut turut didedahkan kepada orang ramai ketika siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang diadakan di IOI City Mall, Sabtu lalu dan susulan itu, ramai berasa gembira melihat kemunculan Shuib sebagai penyampai radio semula, lapor Beautifulnara.
Bukan saja itu, malah netizen turut mendakwa segmen terbabit akan menjadi lebih ‘bingit’ dari yang sebelum selepas kemunculan Shuib. Dalam pada masa yang sama, warganet merasakan pihak radio asyik mengambil orang yang sama tanpa memberi peluang kepada ‘budak-budak baru’ untuk mengasah bakat mereka menjadi penyampai radio.
|
September14 replied at 30-8-2022 04:26 AM
Aah asal boleh je atleast bg la yg suara bckp sedap didgr… ini yg ckp bterabur pun jd dj
stingergrumpy replied at 30-8-2022 04:30 AM
Ujung ujung kawen dgn deejay lin...
bulalof replied at 30-8-2022 07:23 AM
ambik penyampai yg x cerdik, maka pendengar pun sama jd x cerdik.
ADVERTISEMENT