CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4186|Reply: 39

Shuib Kini Mula Tugas Di Suria FM Tapi Netizen Kata Macam Tak Ada Orang Lain

[Copy link]
Post time 30-8-2022 03:43 AM | Show all posts |Read mode






Teka-teki siapa yang bakal menjadi penyampai radio baru Suria FM bersama-sama dengan Ajak serta Suraya untuk segmen Morning Morning Suria kini sudah terjawab.

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, mula masuk konti pada hari ini (Isnin) menggantikan tempat penyampai radio yang sebelum ini iaitu Fizi Ali.







Berita tersebut turut didedahkan kepada orang ramai ketika siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang diadakan di IOI City Mall, Sabtu lalu dan susulan itu, ramai berasa gembira melihat kemunculan Shuib sebagai penyampai radio semula, lapor Beautifulnara.

Bukan saja itu, malah netizen turut mendakwa segmen terbabit akan menjadi lebih ‘bingit’ dari yang sebelum selepas kemunculan Shuib.








Dalam pada masa yang sama, warganet merasakan pihak radio asyik mengambil orang yang sama tanpa memberi peluang kepada ‘budak-budak baru’ untuk mengasah bakat mereka menjadi penyampai radio.


  


Mengulas lanjut mengenai pemilihan Shuib, Pengurus besar Suria FM, Dj Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid menegaskan ia bukanlah misi balas dendam terhadap penyampai radio sebelum ini tetapi sebagai stesen radio swasta, jumlah pendengar dan revenue sangat penting.






“Kita harap dengan pelantikan Shuib akan memberikan impak lebih baik kepada pasukan Suria sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.


“Kita juga berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Suria Pagi yang dikenali sebagai Morning Morning Suria,” katanya.


Untuk info, Shuib sebelum ini pernah menjadi penyampai di stesen radio Hot FM selama dua tahun sebelum mengambil keputusan undur diri Januari lalu kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaannya. - CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2022 04:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aah asal boleh je atleast bg la yg suara bckp sedap didgr… ini yg ckp bterabur pun jd dj
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujung ujung kawen dgn deejay lin...

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 30-8-2022 04:26 AM
Aah asal boleh je atleast bg la yg suara bckp sedap didgr… ini yg ckp bterabur pun jd dj

Dah jadi budaya ber kurun pun  pengambilan deejay penyampsi radio secara pukul rata dari kalangan pelawak....kheunz?

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 30-8-2022 04:30 AM
Ujung ujung kawen dgn deejay lin...

Hihi.

Ada possibility.

Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 07:23 AM | Show all posts
ambik penyampai yg x cerdik, maka pendengar pun sama jd x cerdik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaahahahaahahahah
bukan kat radio jeeee
kat porum pun dah boring nengok nama heol
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
akak lihat penyanyi pelakon sekarang ini ikut jumlah follower ig.. dj pun dah sama kot.bakat no 2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2022 08:33 AM | Show all posts
herrmm amik ryanbakery je la jd DJ dia paling popular sekarang, dah dj berdasarkan popularity
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 08:37 AM | Show all posts
ala bukan best pun dia ni......
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
beri la peluang pada suara baru.. bukan pelawak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ha ah..akak sbg netizen pun nk ckp,macam dah takde org lain...amik le bebudak masscomm...takde la dpt DJ terjerit2 mcm berukk
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 10:05 AM | Show all posts
kt tiktok pun ramai yg berdj sambil2 live.. suara pun sedap.. boleh la buat pencarian bakat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 10:07 AM | Show all posts
Pusing2 tang tu juga la.
Bosan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 10:09 AM | Show all posts
it's all about rating babeh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 10:17 AM | Show all posts
pastu lawak bodoh and tak educated
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2022 10:26 AM | Show all posts
Bodo la radiao skrg. Meolss pagi2 dengar Klasik FM dan Nasional FM jahhh... redio lain meolss whoayusskan sajorkkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 10:36 AM | Show all posts
so, dia nak bragging lagi ke pasal anak beranak peghak main golf mcm masa kat sinar dedolu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 10:45 AM | Show all posts
kerja jadi dj radio beberapa jam tu berapa gaji wehhh?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 30-8-2022 07:23 AM
ambik penyampai yg x cerdik, maka pendengar pun sama jd x cerdik.

Anak jiran aku yg 3 tahun iteww pernah berkata dlm kuliahnya....nak lihat jenis pendengar yg kita ada dimalaya ini...dengarler dan perhatikheun ler siapa yg jadi penyampai serta deejay dicorong corong radio...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 21166 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 27277 Replies : 28
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26372 Replies : 16
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40440 Replies : 395
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.452196 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list