Penyanyi, Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat masih berada di bawah pemantauan dan mengikut pelbagai program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) namun tidak lagi terlalu ketat seperti sebelum ini kerana dia menunjukkan perubahan positif sejak menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia pada 2019.
Menerusi laporan mStar, bekas vokalis kumpulan Exist itu masih lagi aktif dalam bidang seni namun harus memaklumkan kepada pihak agensi berhubung jadual kerja kerana dia tidak boleh bergerak bebas seperti biasa.
"Saya sudah berusia lebih 40 tahun dan apa yang saya mahukan adalah menjalani kehidupan dengan lebih baik pada masa akan datang.
"Saya masih dalam pemantauan dan juga aktif dalam bidang seni. Saya akan maklumkan kepada pihak agensi mengenai jadual kerja.
"Saya pun sebenarnya kalau hendak 'lari' memang tak boleh sebab saya selebriti yang dikenali dan mereka tentu akan tahu keberadaan saya," katanya.
Terdahulu, Mamat ditahan pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakan kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Entah2 kut lah kan. Dia ini amik heroine. Heroine kena jab pada badan. Untuk lebih rasa high. Depa jab badan untuk keluarkan darah sendiri satu syringe. Masukkan sikit heroine pada badan guna syringe. Itu sebabnya ramai penagih heroine kurus cam cicak kobeng. If sehari jab out darah for insert heroine for ketagihan, berapa kali lak dia dia buat cam tu dalam masa sebulan.
Mahu tak kering darah. Darah lak if nak ada kena makan pemakanan berkhasiat. Depa depa ni mana pikir apa dah dalam otak tu. Hanya pikirkan dadah saja. Otak orang ambil dadah surely weng dan ting tong.