|
Liza Abdullah mengambil pendekatan tidak mahu menjawab soalan berkaitan peribadi seperti gosip jodoh yang mengaitkannya sudah berumahtangga semula, kira-kira dua minggu lalu.
Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah, 58, berkata soal peribadinya sama ada sudah berkahwin semula atau pun tidak, menjadi rahsia kerana dia tidak akan sesekali menjawabnya. "Kalau nak tanya soal jodoh ke, suami ke, saya tak akan jawab. Sebabnya, dulu masa saya ada suami, orang kata saya dah bercerai. Bila saya dah bercerai, orang kata saya dah ada suami. So, ada apa masalah? "Saya tak akan cerita, saya tak akan share (kongsi), saya tak akan cakap apa-apa. Tolonglah, dah umur tua-tua ini, tolonglah jangan tanya soalan-soalan yang tak perlu nak tahu pun. Saya kahwin ke, tak kahwin ke, ada suami ke atau apa ke, rahsia," katanya ketika ditemubual dalam program Melodi TV3.
|

suka ko lah nek liza nak rahsia ke idok..tapi dlm islam, dah nikah haruslah diwarwarkan, apa lagik retis
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.303930 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.