CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1390|Reply: 7

"Dulu Masa Bersuami, Orang Kata Bercerai. Bila Bercerai, Orang Kata Ada Suami. So?"- Liza Abdullah

[Copy link]
Post time 29-8-2022 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Liza Abdullah mengambil pendekatan tidak mahu menjawab soalan berkaitan peribadi seperti gosip jodoh yang mengaitkannya sudah berumahtangga semula, kira-kira dua minggu lalu.


Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah, 58, berkata soal peribadinya sama ada sudah berkahwin semula atau pun tidak, menjadi rahsia kerana dia tidak akan sesekali menjawabnya.


Foto: IG




"Kalau nak tanya soal jodoh ke, suami ke, saya tak akan jawab. Sebabnya, dulu masa saya ada suami, orang kata saya dah bercerai. Bila saya dah bercerai, orang kata saya dah ada suami. So, ada apa masalah?


"Saya tak akan cerita, saya tak akan share (kongsi), saya tak akan cakap apa-apa. Tolonglah, dah umur tua-tua ini, tolonglah jangan tanya soalan-soalan yang tak perlu nak tahu pun. Saya kahwin ke, tak kahwin ke, ada suami ke atau apa ke, rahsia," katanya ketika ditemubual dalam program Melodi TV3.




  



Liza yang popular dengan watak Mak Leha dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3, berkata dia bukan cuba lari daripada menjawab, kerana sejak dari dulu pun, dia menerima baik setiap orang yang bertanya kepadanya.


Cuma, katanya dia dah 'full stop' dan kalau boleh kisah berkaitan peribadi dirinya tidak mahu 'share' dengan orang kerana enggan menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama anak-anak dan keluarganya.


Terdahulu, Liza pernah mendirikan rumah tangga dengan Zolkifly Abdul Rahman pada 1988 dan dikurniakan empat cahaya mata.




  



Bagaimanapun, mereka bercerai pada 2014 selepas 26 tahun hidup bersama.


Namun, baru-baru ini hangat di media sosial berkaitan Liza yang pernah memenangi trofi Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 lalu, didakwa sudah berkahwin baharu dengan lelaki berstatus usahawan.


Sementara itu, usaha Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan daripada Liza sendiri tidak berjaya apabila kiriman mesej kepadanya menerusi WhatsApp tidak dibalas. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2022 10:14 AM | Show all posts
so ada suami ke x ni makcik. tp xda sape kezzzahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesungguhnya takde sapa kisah lgsg
Sepi tred dr smlm
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 11:46 AM | Show all posts
"kalau aku tak suka kau, jangan kata kau, bayang kau pun aku tak nak nampak depan rumah aku"
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 11:55 AM | Show all posts
Orang industry beritahu baru je kahwin.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Komen, 'Enggsn menyinggung perasaan mana2 pihak' seperti macam dah nikah baru  suka ko lah nek liza nak rahsia ke idok..tapi dlm islam, dah nikah haruslah diwarwarkan, apa lagik retis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi bini ber nombor la ni..tu yg payah nk beritahu.takpon jd pencaras mcm tok nora
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 12:48 PM | Show all posts
cute je die dlm ali setan pairing dgn kak ogy

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.247790 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list