Tular di media sosial TikTok, seorang lelaki yang juga merupakan pelajari di sebuah universiti membuat laporan polis.
Ini berikutan dia tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan sebuah Universiti tempatan di Malaysia. Menerusi rakaman, individu tersebut yang bukan warga tempatan telah datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di sini. Dia kemudian menyambung pelajaran sehingga ke peringkat ‘Master’ dan berhasrat untuk mendapatkan topik kajian untuk ke peringkat PhD. Lelaki itu kemudian dijanjikan dengan tajaan daripada universiti tersebut namun segalanya musnah walaupun dah bersusah payah selama 2 tahun setengah.
Dia mendakwa segala kajian dan perisian yang dibinanya sepanjang tempoh itu telah ‘dirampas’ oleh pihak universiti tersebut. Apabila dia menghubungi pensyarah terlibat, lelaki itu diberitahu bahawa segala kajian dan hasil kerjanya selama ini adalah hak milik mutlak Universiti. Dakwanya lagi, setelah itu, dia telah dilayan dengan buruk dan kehidupannya berubah dengan serta merta seolah-olah ingin memberi tekanan agar dia berhenti daripada menyambung pelajaran di Universiti itu. Di akhir video tersebut, lelaki itu turut mendedahkan bahawa sebenarnya ramai pelajar Malaysia mengalami layanan yang sama mengenai hasil kerja serta kajian mereka yang ‘dirampas’ malah tidak diberikan kredit. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tampil meluahkan pengalaman yang sama di mana dakwa mereka kebanyakan pensyarah sering ‘claim’ hasil kerja pelajar sebagai hak milik mereka untuk diletakkan dalam profil akademik masing-masing. "Isu ni bukan tak wujud. Ada, cuma student diamkan. Berapa banyak pelajar buat master dan PhD yang susah payah buat kajian tapi ada pensyarah tak tahu malu ‘bertenggek’ nama dan ‘claim’ itu hasil kerja mereka." Harap isu-isu seperti ini dapat diselesaikan kerana ia boleh menjejaskan nama institusi pengajian negara. -CARI |
batu kikir replied at 29-8-2022 06:55 PM
After a few short years......supervisor tu akan jadi AP and full Prof atas alasan banyak research pa ...
miszclassique replied at 29-8-2022 06:59 PM
Untuk engineering lecturer, Ir. Ts. jangan lupa...
Padahal industri pun tak pernah jejak, kerjasa ...
ADVERTISEMENT