View: 9894|Reply: 133
|
Pelajar Dakwa Kajian PhD 'Dirampas' Oleh Pensyarah, Universiti Tempatan Didakwa Ambil Hasil Secara 'Percuma'
[Copy link]
|
|
Tular di media sosial TikTok, seorang lelaki yang juga merupakan pelajari di sebuah universiti membuat laporan polis.
Ini berikutan dia tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan sebuah Universiti tempatan di Malaysia.
Menerusi rakaman, individu tersebut yang bukan warga tempatan telah datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di sini.
Dia kemudian menyambung pelajaran sehingga ke peringkat ‘Master’ dan berhasrat untuk mendapatkan topik kajian untuk ke peringkat PhD.
Lelaki itu kemudian dijanjikan dengan tajaan daripada universiti tersebut namun segalanya musnah walaupun dah bersusah payah selama 2 tahun setengah.
Dia mendakwa segala kajian dan perisian yang dibinanya sepanjang tempoh itu telah ‘dirampas’ oleh pihak universiti tersebut.
Apabila dia menghubungi pensyarah terlibat, lelaki itu diberitahu bahawa segala kajian dan hasil kerjanya selama ini adalah hak milik mutlak Universiti.
Dakwanya lagi, setelah itu, dia telah dilayan dengan buruk dan kehidupannya berubah dengan serta merta seolah-olah ingin memberi tekanan agar dia berhenti daripada menyambung pelajaran di Universiti itu.
Di akhir video tersebut, lelaki itu turut mendedahkan bahawa sebenarnya ramai pelajar Malaysia mengalami layanan yang sama mengenai hasil kerja serta kajian mereka yang ‘dirampas’ malah tidak diberikan kredit.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tampil meluahkan pengalaman yang sama di mana dakwa mereka kebanyakan pensyarah sering ‘claim’ hasil kerja pelajar sebagai hak milik mereka untuk diletakkan dalam profil akademik masing-masing.
"Isu ni bukan tak wujud. Ada, cuma student diamkan. Berapa banyak pelajar buat master dan PhD yang susah payah buat kajian tapi ada pensyarah tak tahu malu ‘bertenggek’ nama dan ‘claim’ itu hasil kerja mereka."
Harap isu-isu seperti ini dapat diselesaikan kerana ia boleh menjejaskan nama institusi pengajian negara. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
memang pun, masa meolss student dulu habis kajian meolls ttg perbankan ditiru bulat2 tapi meolss diamkan sajork sbb bodo kan time tu ...huhguhu |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ni... pensyarah yang rata2 lagi pandai dari cikgu buat macam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik lecturer iols pandai2 |
|
|
|
|
|
|
|
Macam deja vu je cerita ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesetengah student ni naive.
kalau korang terima assignment dari supervisor (doctor/prof),
untuk buat research for master or PhD,
makna nya korang buat research for that supervisor/university.
supervisor bagi small part kat student sana,
small part lagi kat student lain, jadi semua jadi part of the team.
lepas tu dia compile semua report jadi research dia sendiri.
next time cari project assignment sendiri,
jangan terima yang supervisor punya project title.
memang ada supervisor doctor dan professor jenis gini,
amik kesempatan pada student. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nothing new pun.. even degree pun diorg suro student buat assignment utk research projek diorg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Same old story. Bukan takat boh nama dia siap tambah nama wife (lecturer kt different uni). Atas hasil penat lelah org lain. Kesian kt students master/phD. |
|
|
|
|
|
|
|
After a few short years......supervisor tu akan jadi AP and full Prof atas alasan banyak research paper. |
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 29-8-2022 06:55 PM
After a few short years......supervisor tu akan jadi AP and full Prof atas alasan banyak research pa ...
Untuk engineering lecturer, Ir. Ts. jangan lupa...
Padahal industri pun tak pernah jejak, kerjasama dengan industri pun takdak pastu nak bangga nau dengan ir. dia tu  |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dah benda ni...sbb tu ada Prof/Dr phd yg buka mulut je sejenis dumbo gitu...sbb dpt title pun hasil mencuri...prof kangkung gelarannya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Potpouri at 29-8-2022 07:21 PM
Student pun ramai diamkan je. Cuba lawan sikit. Supervisor ni sebab dah lama buat macam tu, dorang rasa apa dibuat tak salah. Dah jadi culture. Darah daging.
Isu ni ada naik kat fb group Doctorate baru-baru ni. Ramai lecturer back up tindakan mereka sesama sendiri. So.. penunggang ramai, yang buat kerja student sorang..low ethics |
|
|
|
|
|
|
|
Aiol percaya je. Lecturer aiol yang bimboy dedolu siap upah budak Chinks (antara yang terpandai top 5 dalam kelas weol) untuk karang research paper dia dalam BI. Lemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa la nama encik tu. Muka ingat tapi nama tak ingat lansung. Ntah2 masih bimboy kat UTM tu. |
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique replied at 29-8-2022 06:59 PM
Untuk engineering lecturer, Ir. Ts. jangan lupa...
Padahal industri pun tak pernah jejak, kerjasa ...
ade sorg iols kenal, projeck Ir berkenaan ekon. then weols tnya itu ini dlm mtg excited la kita sbb time ni pompuan tak ramai Ir (thn 2010) sekali dia jwb dia punya projek tu psl aliran udara masuk je, udara keluar tak termasuk tp bangga giler dgn Ir nya itewwww.
bos iols jwb habis la ekon faculty kite ni nanti hang jeng kreng nak tggu sorg lg Ir study aliran udara keluar plak
fast forward, igtkan makin ramai Ir di ipt makin ok, rupanya lagi kelaut depa punya requirement utk dptkan Ir. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tgk kat tiktok.. Ape jawapan UM agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib i kat uni yg mmg buat research sendiri sbb x yakin dgn data students..haha |
|
|
|
|
|
|
|
bukan benda ni dah biasa sangat ke  |
|
|
|
|
|
|
|
Dugaan utk vc UM..
Wat program ni under fakulti komputer ka? |
|
|
|
|
|
|
|
ctaf replied at 29-8-2022 08:47 PM
Ir in education tak sama ye dengan Ir industry..Ir education takde function pn lebih kepada untuk ti ...
Ada Ir in education yachh?? Slalunya iols dgr Ir kat industri jahh.. wat sain2 projek.. dpt puloh2 ribu setiap sain.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|