CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nabila Huda Masih Gagal Tutup Aurat,"-PU Syed Tak Puas Hati, Bantah Konsert Blackpink

29-8-2022 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6012| Komen: 70

Pandangan pelakon Nabila Huda berhubung cadangan protes penganjuran konsert penyanyi antarabangsa di negara ini sebagai langkah tidak matang mendapat respons pendakwah iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak.


Membidas kenyataan dibuat Nabila, Syed menjelaskan kematangan seseorang itu sebenarnya terletak kepada kefahaman mereka terhadap perintah dan larangan Allah SWT.

Jelasnya, tentangan yang dibuat bukan bererti tidak matang tetapi kematangan seseorang itu apabila mampu menilai sesuatu perkara sama ada baik atau pun sebaliknya.

Foto: IG

"Saya tetap dengan pendirian menentang kemungkaran yang berlaku dalam negara kita, Malaysia. Kita tidak mahu menjadi punca kemaksiatan kepada Allah SWT.


"Bukan bermakna tentangan ini kita tidak matang tetapi kita matang dalam menilai sesuatu itu baik atau buruk," jelasnya menerusi sebuah video yang dikongsi di Instagram.

Dalam pada itu, Syed menjelaskan hidup seseorang manusia bukan lakonan tetapi adalah suatu ketetapan daripada Allah dan ada perintah dan larangan-Nya yang perlu dilaksanakan dan ditinggalkan.



"Puan Nabila mungkin terlebih matang bila mana tuntutan Allah untuk menutup aurat masih lagi gagal dilaksanakan kecuali dalam lakonan semata-mata.

"Hidup kita bukan lakonan, hidup kita adalah suatu ketetapan daripada Allah dan ada perintah-Nya yang perlu kita laksanakan. Ada larangannya yang perlu kita tinggalkan," katanya.


PU Syed

Syed turut mengucapkan terima kasih kepada Nabila kerana memanggil orang yang menentang kemungkaran sebagai tidak matang.

Pendakwah itu turut meminta Nabila bermuhasabah diri dan jangan meludah ke langkit kerana bimbang terkena ke muka sendiri.

"Maka muhasabah diri Puan Nabila. Jangan meludah ke langkit, takut merecik ke muka sendiri," katanya.



Terdahulu, Syed menyatakan bantahan terhadap penganjuran konsert kumpulan Kpop Blackpink yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 Mac tahun hadapan.

Syed turut merancang untuk mengadakan himpunan bantahan sekiranya konsert tersebut masih diteruskan.



Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Ahmad Fadhil Shaari turut membangkitkan isu sama dan menegaskan pihaknya tidak teragak-agak untuk menggerakkan bantahan sama jika tuntutan itu tidak diendah.



Nabila pula menerusi Twitter meluahkan pendapat bahawa masih ada perkara lebih penting boleh diberi perhatian berbanding penganjuran konsert artis antarabangsa di negara ini.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 29-8-2022 01:18 PM
Mohon bantah juga konsert gv  idolat kecil bintang kecil muzikal lawak superstar terpaling juara mentor mentee af audition pilih kasih fear factor dll. Tutop semua astrok ria prima warna tinggalkan stesen alhijrah dan oasis je. Radio boleb katup bungkos era hot sinar pasang zayan dengan ikim

Semua org boleh pencen kecuali ostad ostajah
Quote MatDeghem 29-8-2022 01:22 PM
Saya tetap dengan pendirian menentang kemungkaran yang berlaku dalam negara kita, Malaysia. Kita tidak mahu menjadi punca kemaksiatan kepada Allah SWT.




10 best bars and clubs in Selangor

10 best bars and clubs in Johor

most happening club in Penang

ini lagi teruk maksiat nya.....



Quote umbut 29-8-2022 01:24 PM
princessmiang replied at 29-8-2022 01:18 PM
Mohon bantah juga konsert gv  idolat kecil bintang kecil muzikal lawak superstar terpaling juara men ...

Hahaha... Semua org boleh berbungkus cam lembaga sambil dengar ceramah setaz setazah 24 jam.. Hapuskan semua bentuk hiburan, menuju kearah taliban.. Yeayyyy
Quote scarflicious 29-8-2022 01:32 PM
Pasal najib n gang jadi penyamun tak ada pun nk komen. Ptuiih.
Quote brunesss 29-8-2022 01:46 PM
ostat loser! pick your combat wisely. banyak2 bidang ko nak teguk nak jua tegur yg ada meng limelight kan nama awak ye hawau. people like you are one of the many reason why non muslim pandang serong agama islam. padahal agama islam adalah religion of peace
Quote akuHavocczz 29-8-2022 01:49 PM
Kenapa specifically nak bantah black pink? banyak konsert mendatang ni ha
Quote umbut 29-8-2022 01:50 PM
Mentang2 yg dtg kpop, billie, bieber semua setaz dan netz penunggang x suka dan x minat... Cer yg dtg metallica, iron maiden, cold play mesti senyap x berkutik kan... Konsert local coming soon dewa, hujan dll x nak wat bantahan ke..
Quote acikku 29-8-2022 01:50 PM
Konsert2 lain x bantah ke?banyak lagi yg bakal berlangsung sebelum black pink mac tahun depan tu...bukanlah nak sokong konsert bp ke apa ke tapi kalau nak bantah,bantah semua sebab semua pun kategori laghaaaa...gitu akak punya pendapat terpencil
Quote lattehazelnut 29-8-2022 01:54 PM
Edited by lattehazelnut at 29-8-2022 01:57 PM

Adele pun next year kan.. klaau bantah gak mmg iols simbah cat merah kat kete dia..
Quote cikatilia 29-8-2022 02:07 PM
umbut: Mentang2 yg dtg kpop, billie, bieber semua setaz dan netz penunggang x suka dan x minat... Cer yg dtg metallica, iron maiden, cold play mesti senyap x ...

soh dia ban babyshima tu dulu pon bole jugak
Quote mendeluk 29-8-2022 02:13 PM
umbut replied at 29-8-2022 01:50 PM
Mentang2 yg dtg kpop, billie, bieber semua setaz dan netz penunggang x suka dan x minat... Cer yg dt ...

Sbb penunggang loser macam ini banyak anti matsalleh. Kafir kata nya. Apa yang kaitan memang bantah habis habisan takut rosak anak mudewwww… artis2 indon datang kpop tak aggressive pulak . Kes yang orang teranjang ramai2 sbb lelaki itu hina agama kita sampai berdarah tak nak ulas pulak. Tak habis isu mcm ini. BOSAN
Quote lasagna 29-8-2022 02:23 PM
Edited by lasagna at 29-8-2022 03:58 PM

apsal piyu attack blackpink jer, mcm mana dgn konsert dewa 19, nidji, soon ariel peterporn.. not forgotting konsert kak ani 3 hari.. acano acano? jgn laa berat sebelah plak.

***
Konsert Indo di Msia:
Nidji- 31 Aug
Pamungkas - 3 Sep
Dewa 19 - 9 & 10 Sep
Ahmad Band & Mulan Jameela - 11 Sep
Ungu 19th Nov 2022.
Quote babelina 29-8-2022 02:34 PM
ustaz bg direct setepek Pn Nabila x tutup aurat..sat g Pn Nabila pn meroyan..
maka dgr la ig storynya yg pnjg lebar tu..
Quote cikperiukkera 29-8-2022 03:20 PM
Xtau nk kata apa…pak ucetad ni fefeeling dkt bumi meleis ni semua moslem agaknya.. yg dtg tgk konser semua moslem semua x boleh. Bkn nk menidakn hukum ugama yachh tp entahla ucetad setazah selebriti skrg mmg menjadi2 perangai dorg.
Quote boudinniA 29-8-2022 03:31 PM
Setuju dgn semua komen kat atas ni.

Suroh bp pakai tudung lah masa buat konsert nanti. Confirm lepas.
Quote Orix 29-8-2022 03:35 PM
lattehazelnut replied at 29-8-2022 01:54 PM
Adele pun next year kan.. klaau bantah gak mmg iols simbah cat merah kat kete dia..

adele nk dtg malaysia ke ? amagadd amagaddd
Quote Orix 29-8-2022 03:37 PM
lasagna replied at 29-8-2022 02:23 PM
apsal piyu attack blackpink jer, mcm mana dgn konsert dewa 19, nidji, soon ariel peterporn.. not for ...

ariel pun nk dtg Malaysia ?? amagad amagad... bila ??
Quote azurro 29-8-2022 03:41 PM
Bkn pemuda pas ke yg bantah konsert black pink dan akn buat perhimpunan bantahan, pu syed trut serta ke? Tk dngr pulak
Quote lasagna 29-8-2022 03:50 PM
Edited by lasagna at 29-8-2022 03:59 PM
Orix replied at 29-8-2022 03:37 PM
ariel pun nk dtg Malaysia ?? amagad amagad... bila ??

terbaca pagi td baca kat twitter.. tak pasti bila tp coming soon.
ehh jap iols konpius nidji ke ungu yg dtg msia tu? ungu tak silap hahaha ada kesilapan.

*** latest update
Konsert Indo di Msia:
Nidji- 31 Aug
Pamungkas - 3 Sep
Dewa 19 - 9 & 10 Sep
Ahmad Band & Mulan Jameela - 11 Sep
Ungu 19th Nov 2022.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.113612 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top