|
Wany Hasrita kembali menjalani hubungan jarak jauh dengan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, selepas sebulan berkahwin.
Wany, 30, atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia dan suami mengambil cuti selama sebulan untuk meluangkan masa bersama sebelum kembali sibuk dengan kerjaya masing-masing. "Sebelum ini dua minggu saya duduk di rumah suami di Kuching, Sarawak dan sekarang baru kami kembali bekerja. Kami berdua masing-masing ambil cuti sebulan sebab tahu selepas ini memang susah nak jumpa. "Alhamdulillah, biarpun kami menjalinkan hubungan jarak jauh, semuanya okay kerana masing-masing memahami. Kami juga setiap hari berhubung dan membuat panggilan video. Diharapkan persefahaman ini sampai bila-bila.
"Sepanjang bercuti pun kami berdua banyak lepak di rumah, sebab kami tahu apabila sudah kembali bekerja nanti, tiada peluang nak bersama. Lepak di rumah adalah momen yang seronok buat kami berdua," katanya kepada Harian Metro.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.060356 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.