Mahkamah Agung menolak rayuan syarikat dari Malaysia, Kulim Berhad yang merupakan subsidiari syarikat PT Rambang Agro Jaya (RAJ) untuk mengetepikan denda berjumlah 199 bilion rupiah (RM60 juta).
Denda itu berhubung kesalahan menyebabkan kebakaran hutan seluas 500 hektar di wilayah Ogan Komering Iliri, Sumatera Selatan. Mahkamah mendapati PT RAJ adalah bersalah kerana melanggar undang-undang negara. “Rayuan ditolak dengan penambahbaikan,” umum Pendaftar mahkamah dalam laman web, Jumaat lalu.
Jurucakap mahkamah, Andi Samsan Nganro berkata, keputusan mahkamah yang dikeluarkan sejak Selasa lalu adalah berdasarkan rayuan dan permohonan plaintif, Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan. “Mahkamah Agung berpandangan petisyen oleh defendan adalah jelas melakukan perbuatan melawan hukum. “Atas dasar itu, mahkamah dalam keputusannya menyatakan menolak rayuan kes pemohon,” katanya dalam kenyataan. Kes mula terbongkar selepas pihak kementerian menyiasat laporan kebakaran hutan di ladang kelapa sawit yang kerap berulang setiap tahun. Justeru, pihak kementerian mendakwa PT RAJ di mahkamah. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT