CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 834|Reply: 3

Syarikat Malaysia Sebabkan Hutan Terbakar Didenda RM60 Juta

[Copy link]
Post time 28-8-2022 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Agung menolak rayuan syarikat dari Malaysia, Kulim Berhad yang merupakan subsidiari syarikat PT Rambang Agro Jaya (RAJ) untuk mengetepikan denda berjumlah 199 bilion rupiah (RM60 juta).  


Denda itu berhubung kesalahan menyebabkan kebakaran hutan seluas 500 hektar di wilayah Ogan Komering Iliri, Sumatera Selatan.





Foto: AFP




Mahkamah mendapati PT RAJ adalah bersalah kerana melanggar undang-undang negara.


“Rayuan ditolak dengan penambahbaikan,” umum Pendaftar mahkamah dalam laman web, Jumaat lalu.


Jurucakap mahkamah, Andi Samsan Nganro berkata, keputusan mahkamah yang dikeluarkan sejak Selasa lalu adalah berdasarkan rayuan dan permohonan plaintif, Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan.


“Mahkamah Agung berpandangan petisyen oleh defendan adalah jelas melakukan perbuatan melawan hukum.


“Atas dasar itu, mahkamah dalam keputusannya menyatakan menolak rayuan kes pemohon,” katanya dalam kenyataan.


Kes mula terbongkar selepas pihak kementerian menyiasat laporan kebakaran hutan di ladang kelapa sawit yang kerap berulang setiap tahun.


Justeru, pihak kementerian mendakwa PT RAJ di mahkamah.  




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus pun.

Menyusahkan semua yang terpaksa lalui jerebu akibat ketamakan beruk2 ni.

RM600 juta pun takpe kena denda.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
60 juta tu sikit je tu. Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 09:07 AM | Show all posts
patut la dh lama xde jerebu kat malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.163248 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list