CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lagu Aisha Retro Dituduh Ciplak Lagu Lathi

28-8-2022 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1663| Komen: 14

Aisha Retno menyangkal dakwaan mengatakan dia meniru karya penyanyi lain dalam single terbaharunya berjudul Sutera.

Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sifulnijam, 22, memberitahu pendengar boleh membuat perbandingan dan penilaian sendiri di antara lagunya dengan Lathi nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira yang dikatakan sama.


Foto: IG

"Biarlah mereka membuat andaian sendiri. Mereka yang berfikiran begitu boleh mendengar lagu Sutera dan buat perbandingan.

"Ini merupakan pertama kali lagu saya berdepan kontroversi apabila dikatakan ciplak karya penyanyi lain," jelasnya kepada mStar.


Mengulas lanjut, Aisha menganggap tuduhan itu sebagai reaksi positif pendengar yang peka terhadap lagu Sutera.



"Sebenarnya saya berasa agak teruja apabila ada pihak berkata begitu. Kalau kita lihat memang pelik mengapa saya berfikir begitu tetapi apa kata melihatnya dari sudut positif.

"Walaupun terkait kontroversi tetapi secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai medium promosi kepada pendengar," katanya.



Aisha turut menegaskan Sutera lebih memberi fokus kepada memartabatkan kaum wanita dan tidak memiliki sebarang unsur mistik seperti Lathi.

"Mungkin ada kedengaran bahasa Jawa tetapi kata-kata itu lebih kepada mencerminkan kekuatan wanita berdepan dengan cabaran," jelasnya.



Dalam perkembangan lain, Aisha dijadualkan ke Indonesia pada penghujung tahun ini bagi jelajah promosi lagu Inggeris, WHUT (Wanna Hold U Tight). -CARI

Sumber: MStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciwelireng 28-8-2022 11:19 AM
Memang giru pun
Quote cicicumel 28-8-2022 11:33 AM
Mmg xde originality.. Better she fokus lagu R&B jah. Lagi sedap
Quote immaryjane 28-8-2022 11:54 AM
Lagu lathi tu best. Meremang part jowo tu wlupun diorang cakap buka mantera pun.
Quote vender 28-8-2022 03:36 PM
Aku ingatkan gelaran dia je retno tu
Rupanya nama betul
Quote missyL 28-8-2022 03:53 PM
Oh Indonesia ke.
Quote bintangct 28-8-2022 07:37 PM
missyL replied at 28-8-2022 03:53 PM
Oh Indonesia ke.

mak dia penyanyi indon senagkatan dgn buk hetty katernyaa.. hahah iols tahu sb tgk dia ni kat big stage. Suka tgk dia nyanyi wlpun kdg2 over konpiden
Quote bulanbulat 28-8-2022 08:38 PM
https://youtu.be/I34v-uVoJi8

Ok jugak. Suka lagu camni
Quote CurangLagi 28-8-2022 09:11 PM
Ohh indo ya? Ingatkan tadi anak Edry KRU. HAHAHHAA
Quote DeLuna85 29-8-2022 12:09 AM
Tak pernah dengar lagi lagunya so Tak boleh nak komen tiru. Tapi lathi memang best. Ara johari pun ada buat lagu Jawa mcm nak tiru lathi tapi Tak menjadi
Quote kakakgarang 29-8-2022 08:13 AM
sheolls ada aura sombong berlagak kan
Quote jejaka_hensem 29-8-2022 08:31 AM
Kalau sheols makeup normal,cantik dipandang mata walaupun nampak aura sombong tu
Quote jejaka_hensem 29-8-2022 08:31 AM
kakakgarang replied at 29-8-2022 08:13 AM
sheolls ada aura sombong berlagak kan

Betul sis garang,jelas sgt
Quote kakakgarang 29-8-2022 08:34 AM

aura je.. muka sheolls cantik bersih kulit... suka... exotic...

mungkin sbb mata sheolls besar kan.. nmpk cm sombong.,. but tak sombong pun.. hahaha
Quote datinamanda 29-8-2022 10:16 AM
Lagu tak sedap. Berangan je lah

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.640172 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top