View: 1490|Reply: 14
|
Lagu Aisha Retro Dituduh Ciplak Lagu Lathi
[Copy link]
|
|
Aisha Retno menyangkal dakwaan mengatakan dia meniru karya penyanyi lain dalam single terbaharunya berjudul Sutera.
Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sifulnijam, 22, memberitahu pendengar boleh membuat perbandingan dan penilaian sendiri di antara lagunya dengan Lathi nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira yang dikatakan sama.
Foto: IG
"Biarlah mereka membuat andaian sendiri. Mereka yang berfikiran begitu boleh mendengar lagu Sutera dan buat perbandingan.
"Ini merupakan pertama kali lagu saya berdepan kontroversi apabila dikatakan ciplak karya penyanyi lain," jelasnya kepada mStar.
Mengulas lanjut, Aisha menganggap tuduhan itu sebagai reaksi positif pendengar yang peka terhadap lagu Sutera.
"Sebenarnya saya berasa agak teruja apabila ada pihak berkata begitu. Kalau kita lihat memang pelik mengapa saya berfikir begitu tetapi apa kata melihatnya dari sudut positif.
"Walaupun terkait kontroversi tetapi secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai medium promosi kepada pendengar," katanya.
Aisha turut menegaskan Sutera lebih memberi fokus kepada memartabatkan kaum wanita dan tidak memiliki sebarang unsur mistik seperti Lathi.
"Mungkin ada kedengaran bahasa Jawa tetapi kata-kata itu lebih kepada mencerminkan kekuatan wanita berdepan dengan cabaran," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Aisha dijadualkan ke Indonesia pada penghujung tahun ini bagi jelajah promosi lagu Inggeris, WHUT (Wanna Hold U Tight). -CARI
Sumber: MStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang giru pun |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg xde originality.. Better she fokus lagu R&B jah. Lagi sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu lathi tu best. Meremang part jowo tu wlupun diorang cakap buka mantera pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingatkan gelaran dia je retno tu
Rupanya nama betul |
|
|
|
|
|
|
|
missyL replied at 28-8-2022 03:53 PM
Oh Indonesia ke.
mak dia penyanyi indon senagkatan dgn buk hetty katernyaa.. hahah iols tahu sb tgk dia ni kat big stage. Suka tgk dia nyanyi wlpun kdg2 over konpiden |
|
|
|
|
|
|
|
https://youtu.be/I34v-uVoJi8
Ok jugak. Suka lagu camni |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh indo ya? Ingatkan tadi anak Edry KRU. HAHAHHAA |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah dengar lagi lagunya so Tak boleh nak komen tiru. Tapi lathi memang best. Ara johari pun ada buat lagu Jawa mcm nak tiru lathi tapi Tak menjadi |
|
|
|
|
|
|
|
sheolls ada aura sombong berlagak kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sheols makeup normal,cantik dipandang mata walaupun nampak aura sombong tu |
|
|
|
|
|
|
|
kakakgarang replied at 29-8-2022 08:13 AM
sheolls ada aura sombong berlagak kan
Betul sis garang,jelas sgt |
|
|
|
|
|
|
|
aura je.. muka sheolls cantik bersih kulit... suka... exotic...
mungkin sbb mata sheolls besar kan.. nmpk cm sombong.,. but tak sombong pun.. hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu tak sedap. Berangan je lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|