Penyanyi dan komposer Zul (2 By 2) meluahkan rasa terkilan apabila ada dalam kalangan rakan artis yang bersikap dengki dan bercakap buruk tentang isterinya, Intan Maya.
Menurut Zul atau Zulkefli Majid, 50, perkara tersebut disebabkan ada pihak kurang berpuas hati apabila Maya sering mengadakan acara persembahan namun tidak menjemput rakan-rakan sebagai artis undangan. “Isteri buat event nak tolong kawan-kawan. Walau bayaran tidak tinggi tetapi tetap ada pendapatan buat mereka. Tetapi kenalah bersabar, ikut urutan. Susah juga apabila ada mengata belakang disebabkan isteri saya tak panggil mereka menyanyi.
“Saya dapat tahu tentang hal ini selepas berlaku sedikit salah faham antara isteri dengan seorang rakan. Apabila bersemuka dia katakan orang lain yang bercakap buruk tentang Maya. “Sehingga ada hasut rakan-rakan supaya tidak berkawan dengan isteri saya kerana mendakwa Maya selalu ‘sailang’ sponsor sedangkan kalau buat acara, kami tidak pernah ambil mana-mana penaja,” katanya kepada mStar.
|
Burong_Hantuk replied at 28-8-2022 11:10 AM
laki bini kepammm busuk kaki filter
kuchenta_81 replied at 28-8-2022 08:04 PM
Ni bekas suami Aida, isteri Adi Putra kan?
sukacactus replied at 28-8-2022 08:08 PM
Salah org la sis
Ex aida zul handy black
Yg ni ex isma af, kakak kepada tomok
ADVERTISEMENT