CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4860|Reply: 37

Dituduh 'Sailang' Penaja, Isteri Zul 2 By 2 Dipulau Sebab Ramai Artis Yang Dengki

[Copy link]
Post time 28-8-2022 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dan komposer Zul (2 By 2) meluahkan rasa terkilan apabila ada dalam kalangan rakan artis yang bersikap dengki dan bercakap buruk tentang isterinya, Intan Maya.


Menurut Zul atau Zulkefli Majid, 50, perkara tersebut disebabkan ada pihak kurang berpuas hati apabila Maya sering mengadakan acara persembahan namun tidak menjemput rakan-rakan sebagai artis undangan.


Foto: IG






“Isteri buat event nak tolong kawan-kawan. Walau bayaran tidak tinggi tetapi tetap ada pendapatan buat mereka. Tetapi kenalah bersabar, ikut urutan. Susah juga apabila ada mengata belakang disebabkan isteri saya tak panggil mereka menyanyi.


“Saya dapat tahu tentang hal ini selepas berlaku sedikit salah faham antara isteri dengan seorang rakan. Apabila bersemuka dia katakan orang lain yang bercakap buruk tentang Maya.


“Sehingga ada hasut rakan-rakan supaya tidak berkawan dengan isteri saya kerana mendakwa Maya selalu ‘sailang’ sponsor sedangkan kalau buat acara, kami tidak pernah ambil mana-mana penaja,” katanya kepada mStar.




  



Zul sebelum itu berkongsi luahan tersebut di status Whatsapp miliknya dengan harapan rakan-rakan artis yang bercakap buruk tentang Maya faham situasi sebenar dan tidak lagi tersalah anggap.


Dalam masa sama, Zul juga sentiasa menasihati isterinya agar tidak terlalu mudah percayakan rakan sekeliling dan berlembut dalam hal sebegini.


  



“Maya bukan seorang yang suka cari gaduh dan dia tidak mahu ambil peduli apabila berlaku perkara begini sehingga memberi ruang kepada orang lain untuk mengata dirinya.


“Memang betul kita perlu memaafkan orang, namun jika melampau kenalah ambil serius. Saya pun sering kali menasihati isteri supaya berpada-pada jika mahu buat baik dengan orang lain.


“Dalam pada buat baik pun masih ada yang salah anggap kononnya Maya sengaja menunjuk,” jelasnya.




  



Tidak mahu perselisihan faham ini berlanjutan, Zul berharap agar semua rakan-rakan terdekat dapat memahami situasi mereka dan sama-sama membantu untuk terus mencari peluang kerja.


“Kepada rakan-rakan artis yang tiada job tu, harap mereka faham. Situasi negara kita sekarang ini baru sahaja nak bermula kembali dengan penganjuran acara selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).




  



“Isteri saya pun sebelum ini kurang sihat dan dia masih bekerja membantu rakan-rakan. Tak perlu nak buat cerita tak elok, bersabarlah. Mana tahu ada program lain nanti kita boleh bekerjasama,” ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni suka sgt expose cerita psl bini baru dia ni. Aritu katanya org dengki kt bini dia, buat mcm2 soy sakit. Sebelum nikah dulu pun, dia claimed org bomoh2 bini dia ni spy tk jadi kawen dgn dia. Skrg kes ni pulak. Si bini pun perasan mengalahkan retis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 12:10 PM | Show all posts
laki bini kepammm busuk kaki filter
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 01:03 PM | Show all posts
bini dia penyanyi ka? cara dia cerita macam laku sangat ja. padahal tak kenal langsung
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa bini dia ni?? ramai sgt dengki dgn dia ni??? be
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 01:16 PM | Show all posts
bini ke berapa ni?
geli la tengok .. dono why ..
maybe sebab si zul asyik la tersengih sengih ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm lah bgs sgt sampai ramai berdengki bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 28-8-2022 11:10 AM
laki bini kepammm busuk kaki filter

Filter pon xmampu nak cover gigi busuk dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut ka bulu jagung tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini pun whoareyuss sajork tak lawa pulak tu sapa je yg nk dengki
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia tak sengih, I tak kenal. amboi gambar selfie kalau ada 100, 100 keping selfie berdua dia upload. Sama je pulak tu posingnye.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
x habis2 ngan mistik dia ngan bininya ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bekas suami Aida, isteri Adi Putra kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kuchenta_81 replied at 28-8-2022 08:04 PM
Ni bekas suami Aida, isteri Adi Putra kan?

Salah org la sis
Ex aida zul handy black
Yg ni ex isma af, kakak kepada tomok
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 28-8-2022 08:08 PM
Salah org la sis
Ex aida zul handy black
Yg ni ex isma af, kakak kepada tomok

Oohh rasa mcm ingat nama ex dia Zul aje hihi
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Zul jangan menyeringai sangat boleh x...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosannya cerita diorg ni..yg sorg gigi taring, yg sorg hidung jambu air..done face shaming. Bini nya ade berapa ig? Ke duk tukar2 nama? Serupa bbnu peel nya
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhh famous sgt ke bini ko yg muka mcm Pinoy lepak KLCC tiap2 hari Ahad tu? Jgn perasan boleh tak? Taulah kau dah 50, mcm champion lah sgt dpt bini muda. Nih, kata retis. Phone cap ayam apa ko pakai? Kelabu asap gambar. Selfie 50 kali, 50-50 kau upload. Dah tua jgn main media social lah!
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Gelimat nengok muko minik yg mcm br bgn tdo haaa..  Bini die lg pemes dr tokti ker??
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis ke bini si gigi ni..pemes sangat ke pun yg org nak dengki
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.631083 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list