Sekadar berkongsi sisi berbeza dirinya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga, pelawak dan penyampai radio, Johan atau Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz, 38, berharap apa yang ditunjukkan dapat memberi manfaat kepada peminat.
Pun begitu kata Johan, timbul rasa terkilan dalam dirinya apabila ada sesetengah pihak mula 'cakap belakang' tentang perkongsiannya di sosial media. "Saya berkongsi kerana Johan di depan kamera dan di rumah adalah dua individu berbeza. Di rumah saya adalah Yazid kepada anak-anak. "Apa yang saya muat naik adalah untuk pengikut di media sosial tetapi ada yang bukan dalam kalangan pengikut mula 'berbunyi' dan mereka bercakap apa sahaja yang dimahukan. Itu membuatkan saya tak suka," katanya. Johan ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Abang Long Fadil 3 yang berlangsung pada malam Jumaat. Baru-baru ini tular video Johan sedang mengajar salah seorang anaknya mengaji sambil memegang rotan mendapat pelbagai respons ramai yang suka dan mengkritik caranya mendidik anak. Dalam pada itu, Johan berkata, sebagai seorang bapa, dia berusaha memberi ilmu terbaik buat anak-anaknya meskipun ada terdetik kebimbangan jika suatu hari nanti mereka akan berubah dan memilih jalan hidup sendiri. "Saya suka anak ramai kerana mereka ada pelbagai karakter dan saya bagi ilmu yang sama rata untuk mereka sebagai bekalan untuk terus hidup sekiranya saya sudah tiada suatu hari nanti. "Semua ibu bapa ada perasaan risau apabila anak-anak semakin membesar. Perkara sudah terjadi kepada diri saya sendiri. "Nenek beragama Buddha tetapi ibu pula memilih jalan untuk memeluk Islam sebab itu pilihannya. "Apa yang boleh saya lakukan adalah sentiasa berdoa. Sekarang ini anak-anak masih kecil dan mereka sentiasa doakan saya terus murah rezeki. Apabila sudah besar nanti, pasti mereka pula mengharapkan doa ibu bapa untuk berjaya," ujarnya. Johan yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn Wati dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.
|
awenda507 replied at 28-8-2022 12:16 AM
Y eh potray didik anak psl agama beriye tp tang bini togel gitu acah2 kelakar tu takde pulak dia nk ...
annehuda replied at 28-8-2022 12:57 AM
Bini ko pun suka menunjuk gak. Vibe humblebrag. Sape ingat dulu bini dia share gi kenduri pakai seli ...
lee_sakura replied at 28-8-2022 07:50 AM
knp dgn anak sulung dia, ada udang disebalik spagheti ke
annehuda replied at 28-8-2022 12:57 AM
Bini ko pun suka menunjuk gak. Vibe humblebrag. Sape ingat dulu bini dia share gi kenduri pakai seli ...
she replied at 28-8-2022 08:43 AM
Anak sulung yang di Ireland tu katanya anak hasil hubungan luar nikah dengan seorang pelakon yang ...
lee_sakura replied at 28-8-2022 08:55 AM
omg biaq betoi...iols baru tau
she replied at 28-8-2022 09:03 AM
Ampa duduk gua mana oiiii selama ni
Hahahahaha
ADVERTISEMENT