View: 5996|Reply: 61
|
Kongsi Kisah Keluarga Di Media Sosial, Johan Terkilan Ada Yang 'Cakap Belakang'
[Copy link]
|
|
Sekadar berkongsi sisi berbeza dirinya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga, pelawak dan penyampai radio, Johan atau Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz, 38, berharap apa yang ditunjukkan dapat memberi manfaat kepada peminat.
Pun begitu kata Johan, timbul rasa terkilan dalam dirinya apabila ada sesetengah pihak mula 'cakap belakang' tentang perkongsiannya di sosial media.
"Saya berkongsi kerana Johan di depan kamera dan di rumah adalah dua individu berbeza. Di rumah saya adalah Yazid kepada anak-anak.
"Apa yang saya muat naik adalah untuk pengikut di media sosial tetapi ada yang bukan dalam kalangan pengikut mula 'berbunyi' dan mereka bercakap apa sahaja yang dimahukan. Itu membuatkan saya tak suka," katanya.
IG Johan
Johan ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Abang Long Fadil 3 yang berlangsung pada malam Jumaat.
Baru-baru ini tular video Johan sedang mengajar salah seorang anaknya mengaji sambil memegang rotan mendapat pelbagai respons ramai yang suka dan mengkritik caranya mendidik anak.
Dalam pada itu, Johan berkata, sebagai seorang bapa, dia berusaha memberi ilmu terbaik buat anak-anaknya meskipun ada terdetik kebimbangan jika suatu hari nanti mereka akan berubah dan memilih jalan hidup sendiri.
"Saya suka anak ramai kerana mereka ada pelbagai karakter dan saya bagi ilmu yang sama rata untuk mereka sebagai bekalan untuk terus hidup sekiranya saya sudah tiada suatu hari nanti.
"Semua ibu bapa ada perasaan risau apabila anak-anak semakin membesar. Perkara sudah terjadi kepada diri saya sendiri.
"Nenek beragama Buddha tetapi ibu pula memilih jalan untuk memeluk Islam sebab itu pilihannya.
"Apa yang boleh saya lakukan adalah sentiasa berdoa. Sekarang ini anak-anak masih kecil dan mereka sentiasa doakan saya terus murah rezeki. Apabila sudah besar nanti, pasti mereka pula mengharapkan doa ibu bapa untuk berjaya," ujarnya.
Johan yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn Wati dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.
Sementara itu bercakap tentang gandingan bersama sahabat baiknya Zizan Razak dalam filem arahan Syafiq Yusof itu, kata Johan banyak babak yang sukar untuk dilakukan kerana kedua-dua mereka sering bergurau ketika di lokasi.
Bagaimanapun, Johan meluahkan rasa gembira apabila lakonannya diterima baik pengarah dan berharap ia juga mendapat sambutan baik penonton apabila ia mula ditayangkan pada 8 September nanti.
IG Johan
“Babak dengan Zizan memang susah sebab kami banyak tergelak ketika di set penggambaran. Namun saya gembira apabila pengarah dapat menerima hasil kerja kami.
“Semoga penonton juga akan memberi sambutan baik untuk filem kali ini,” jelasnya.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru 38..napa mcm dah 50 je..sorry johan |
|
|
|
|
|
|
|
Harap perkongsian memberi manfaat? Celah mana.. Apa manfaat kita dpt tgk hidup dia.. Acik pn xfhm. Lain la kalo dia buat video ngajo follwer ngaji ala2 tanyalah uztaz.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kene la hadap .ko gak stuju utk bini ko share semua benda termasuk basuh kain dlm bilik air kan...kalau x,jd mcm dlu2...semuaa benda ki xnak share..hanya bab kerja je keluar psl ko kat media.. |
|
|
|
|
|
|
|
Y eh potray didik anak psl agama beriye tp tang bini togel gitu acah2 kelakar tu takde pulak dia nk suh tutup aurat? |
|
|
|
|
|
|
|
awenda507 replied at 28-8-2022 12:16 AM
Y eh potray didik anak psl agama beriye tp tang bini togel gitu acah2 kelakar tu takde pulak dia nk ...
Entohnyee. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang mengata sbb tunjuk ala2 tegas hal agama.. tapi isteri tu pemakaian nya dan kelakuannya tidak seiring.. better la tunjuk sisi yg biase2 je.. tk de la org nk judge. Berani tunjuk dan share, berlapang dada lah netizen kata ape2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bini ko pun suka menunjuk gak. Vibe humblebrag. Sape ingat dulu bini dia share gi kenduri pakai selipar tapi selipar chanel harga ribu-ribuan gak la. La ni humblebrag laki garang ajar anak mengaji. Baik laki ko tarbiah ko jgn dok nk terpaling sgt kat socmed bukannye netizen tak tau sejarah anak sulung tu camne ooppsss |
|
|
|
|
|
|
|
Suruh je minik tu tak yah post apa2
tangan gigil nak post sangat, buat je acc private hanya orang2 tertentu boleh nengok
|
|
|
|
|
|
|
|
knp dgn anak sulung dia, ada udang disebalik spagheti ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Tp johan ni normal life la waaayyyy drp si jijang tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan anak beria
Dengan bini?
Berkutik pun idok
Kalau nak tegas kena adil lah
Btw selekehnya rumah dorang
Bini dia yang sendiri mencanang isteri contoh tu
Tak reti ke berkemas sikit
Rumah Jep tu helok aje |
|
|
|
|
|
|
|
lee_sakura replied at 28-8-2022 07:50 AM
knp dgn anak sulung dia, ada udang disebalik spagheti ke
Anak sulung yang di Ireland tu katanya anak hasil hubungan luar nikah dengan seorang pelakon yang dah berkahwin dengan pelakon jelita
Emaknya pernah menghilangkan diri setahun dari dunia lakonan
Selepas beberapa tahun kemudian berkahwin dengan pelawak terkenal ini
Semasa ditanya kenapa umur anak sulung sudah besar
Pelawak ini mengatakan dia sudah 5 tahun menikahi isterinya itu
Semua orang tahu itu coverline untuk menutup aib si isteri
Dan sekarang isterinya sering mengambarkan dia adalah ibu yang terbaik
Ini kena saman tak ni? Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 28-8-2022 12:57 AM
Bini ko pun suka menunjuk gak. Vibe humblebrag. Sape ingat dulu bini dia share gi kenduri pakai seli ...
Jangan lupa kesah rumahnya ada mini pantry
Seolah rumah orang lain teda
|
|
|
|
|
|
|
|
omg biaq betoi...iols baru tau
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila drop outs & village idiots suma nak jadik role models. Cakap dah la jerit2 macam meniaga kat pasar malam. Atok ko ler |
|
|
|
|
|
|
|
lee_sakura replied at 28-8-2022 08:55 AM
omg biaq betoi...iols baru tau
Ampa duduk gua mana oiiii selama ni
Hahahahaha
Kami nak sambung sikit
Pelakon lelaki yang dikatakan bapa kandung kepada anak sulung tersebut
Mengulangi kesilapan yang sama dengan isterinya sekarang ini
Ketika kekasihnya (isteri) mengandung luar nikah
Pelakon wanita cantik itu membawa diri ke Australia
Dengan alasan menyambung pengajian
Dalam masa yang sama cuba menutup kehamilan
So nampaklah si ex yang first tu (bini pelawak) ditinggalkan sebegitu saja
Mungkin sebab pelakon so so
Tapi yang pelakon cantik ni sanggup dia bertanggungjawab pula
Memang tak adil bukan |
|
|
|
|
|
|
|
aiyoo ceq dok gua kt ostolia dulu, tak tau sgt gosip retis ni, balik malaysia baru terjebak ngan forum sbb bosan dok kt rumah...sapekah pelakon laki tersebut, iols xde clue
|
|
|
|
|
|
|
|
lee_sakura replied at 28-8-2022 09:10 AM
aiyoo ceq dok gua kt ostolia dulu, tak tau sgt gosip retis ni, balik malaysia baru terjebak ngan f ...
Lemahhhhh tul chuols neh
Ostolia dulu dok dlm gua bawah Ayer rocks ke ape |
|
|
|
|
|
|
| |
|