Seorang wanita di Indiana, Amerika Syarikat (AS) menyediakan 426 hidangan untuk menyara keluarganya untuk tempoh lapan bulan akan datang, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Kelsey Shaw, 30, menyimpan stok pantrinya penuh dengan sayur-sayuran segar dalam tin, makanan sudah dimasak, herba, nasi dan pasta. Ibu tiga anak itu belajar cara mengawet makanan seperti jeruk dan rebusan daging lembu menggunakan kaedah seperti dehidrasi dan pengetinan air untuk memastikan almarinya penuh. Kelsey mengambil masa tiga bulan untuk mengawet semua makanan dan mempunyai simpanan mencukupi untuk menyara keluarganya selama lapan bulan.
Keluarga itu menikmati makanan segar dari ladang semasa musim panas dan apabila musim sejuk tiba, mereka menggunakan stok yang diawet. Kelsey mula mengawet makanan supaya keluarganya boleh makan makanan buatan sendiri sepanjang tahun. Dia juga bersedia untuk sebarang bencana alam atau wabak yang boleh mengganggu rantaian bekalan. “Apabila berpindah ke ladang, kami mahu menjalani gaya hidup yang lebih perlahan dan ingin tahu apa yang kami makan dan dari mana ia datang. “Saya mempelajari cara mengawet makanan dan belajar banyak cara seperti membuat jeli tongkol jagung yang rasanya seperti madu,” katanya. Menurutnya, mempelajari pelbagai teknik pengawetan adalah sukar tetapi sangat berbaloi. Sumber: Kosmo
|
KIM.K replied at 27-8-2022 04:22 PM
Kos balang sama harga bahan mentah
orangbiasaje replied at 27-8-2022 04:59 PM
Kat sana balang diorg beli bulk murah. Kita import jadi mahal.
primarikey: Prep je la mkn kering dan tahan lama cm kurma, buah2 kering...Tp klu pn kita dh prep nt...pastu tergamak ke kita nk tgk adik beradik dan jiran tetangg ...
KIM.K replied at 27-8-2022 05:02 PM
Diorg beli balang kaca besar2 isi daun/buah kering
primarikey replied at 27-8-2022 05:04 PM
Prep je la mkn kering dan tahan lama cm kurma, buah2 kering...
Tp klu pn kita dh prep nt...pastu ter ...
orangbiasaje replied at 27-8-2022 06:51 PM
Dah kering, kemudian digrind jadi rempah. Punya penting dia tu, sampai berapa kali negara2 Asia di ...
orangbiasaje replied at 27-8-2022 06:53 PM
Alhamdulillah kita masih mampu nak berfikir org lain. Kalau zaman survivalis, dgn rationing bagai, ...
acikhan replied at 27-8-2022 07:00 PM
haku mampu simpan beras dlm balang beso tu Ade 10 balang pastu haku simpan bwh almari, Ade la 10 pe ...
CiliPadiSedap replied at 27-8-2022 05:12 PM
kaka simpan stock biskut tiger je. tu pun malang2 ada orang ambil makin berkurang.
ADVERTISEMENT