Hukuman dijatuhkan terhadap Datuk Seri Najib Razak selepas bekas perdana menteri itu didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd mencetus pelbagai reaksi dari semua pihak.
Justeru, semestinya perkongsian anak tiri Najib iaitu Datin Azrene Ahmad mencuri perhatian ramai. Dalam kemas kini terbaru di Instagram, isteri kepada penyanyi dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob memaklumkan pendiriannya yang percaya pada sistem perundangan negara. "Saya berpegang teguh pada prinsip. Jika anda seorang pemimpin, anda memegang satu amanah dan tanggungjawab yang berat untuk dipikul dengan penuh bermaruah, berintegriti dan perlu dihormati sepanjang masa. “Sekali anda melanggar tanggungjawab dan amanah yang diberikan, anda tidak boleh berpatah balik. “Anda boleh menafikan yang anda tidak bersalah, namun jika bukti sudah jelas dan nyata, anda harus terima akibatnya,” coretnya yang turut berbangga dengan keputusan dibuat panel lima hakim. Sementara itu, warganet kini hangat membincangkan status lama Azrene yang 'dikorek' balik pada 2018. Macam dalam drama, sinetron dan telenovela! Azrene pernah mendedahkan dia pernah didera secara emosi, fizikal dan mental oleh isteri Najib, Rosmah Mansor. Bagaimanapun, warganet bercanggah pendapat dengan tindakan Azrene yang dikatakan seolah-olah membuka aib ibu, darah dagingnya sendiri. Namun, ada yang mendakwa tidak menjadi isu kerana Najib dan Rosmah sendiri mengaibkan diri mereka hingga diketahui umum. - CARI
|
KIM.K replied at 26-8-2022 05:00 PM
Org tua tu tak suka kau dengan bapak kau sebab benih miskin paham. Duk harap mak kau je cari duit da ...
namieamuro replied at 26-8-2022 06:11 PM
laki die pulak terpaling perasan serba boleh. joim gv ingat bole la tnjuk bakat. sekali tersingkir ...
KIM.K replied at 26-8-2022 06:47 PM
Gian. Nak perform kat Albert Hall tak dapat
ADVERTISEMENT