CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Sedap Gila Rasa Manis' - Gadis Buntu Cari Jalan Berhenti Makan Sabun

26-8-2022 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2121| Komen: 13

Description: Tular di TikTok video seorang wanita memiliki selera pelik.
Tular di TikTok video seorang wanita memiliki selera pelik.

Zakira mendedahkan sudah 11 tahun dia ketagihan dan tabiat aneh.



TikTok

Akuinya, dia gemar mencium bau sabun serbuk yang wangi dan cenderung untuk memakannya, malah ianya sudah menjadi satu ketagihan buat gadis itu.

Menurut Zakira, dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan tentang rasa sabun tersebut namun hanya dapat mengungkap rasa sedap yang tidak terkata.

Bagaimanapun, gadis itu meminta orang ramai tidak mengecam dirinya memandangkan dia juga sedang dalam usaha untuk berhenti daripada tabiat aneh itu selain meminta tips daripada orang ramai bagi menghentikan ketagihan yang dialami.




Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya turut terkejut dengan selera gadis itu yang dianggap aneh.

Malah, ada juga yang menyarankan agar gadis itu segera bertemu dengan doktor kerana tabiat itu boleh dikaitkan dengan penyakit PICA iaitu merupakan gangguan makan di mana seseorang makan perkara atau benda yang biasanya bukan dianggap sebagai makanan.



Namun, ada juga segelintir warganet yang berkongsi tabiat yang sama iaitu mempunyai ketagihan selera makan berbeza dari manusia normal.


Sumber: BeautifulNara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 26-8-2022 10:11 AM
Sabun tak naik rege.. kalo naik rege sila mkn sabun cap kapak..
Quote Belibis 26-8-2022 11:49 AM
Elok la makan sabun,dari ko kutip kalau jatuh.pesan untuk ex piem.
Quote ReginaGeorge 26-8-2022 05:00 PM
Nasib baik sabun, bukan racun rumput
Quote Perawankota 26-8-2022 06:28 PM
Dulu aku pernah ada habit suka hidu bau sabun mcm sabun dettol tu.. Nanti mesti aku hidu2 dulu sabun tu..

Nasib baik skang dah benti habit tu..
Quote CariMalay 26-8-2022 07:19 PM
Sabun bukan rasa dia pahit ke? Baru tahu ada sabun yg rasa dia manis
Quote musangbodoh 26-8-2022 11:47 PM
content ja....kalo mkn pun takat secubit xyah laaaaa
Quote kaedahnya 28-8-2022 06:50 AM
ada komen kat video dia orang suh check kot kot elektrolit darah dia tak seimbang
Quote Artemesiaa 28-8-2022 05:22 PM
Geng gila perhatian ni kalau benar pun elok jumpa doktor untuk dirawat segera
Quote zuuu 29-8-2022 01:10 AM
Biar betik???kalo setakat bau sabun serbuk tu aq leh terima lagi tapi makan???
Quote bungarose 29-8-2022 07:09 PM
Ader ker video dia makan sabun
Quote suka2 29-8-2022 11:05 PM
Ada tak video dia bukak packaging sabun dan terus suap makan sabun tu mcm makan nasik baru leh percaya. Takat sembang babi terbang gini siapa2 pun boleh.
Quote videcloset 30-8-2022 03:32 PM
ye ke rasa manis? sabun termasuk mulut pon mcm pahit payau je mana dtg manis? baik check diabetes dik
Quote Supersirap 5-9-2022 02:19 PM
Semoga ketagihan ini tidak membawa apa-apa masalah kesihatan pada masa mendatang

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.178100 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top