Naib juara program Big Stage musim keempat, Danial Chuer sudah penat setahun menunggu janji syarikat pengurusannya iaitu Aries Music Sdn Bhd untuk melancarkan single terbaharunya yang masih tiada khabar.
Hamasiah@Samsudin, 21, berkata, kegagalan pihak tersebut melaksanakan janji dan tanggungjawab membuatkan dia sudah tawar hati untuk meneruskan kontrak bersama syarikat tersebut. "Saya sudah sediakan semua perkara yang diperlukan dan hanya tunggu masa untuk bertemu dengan pihak pengurusan bagi membincangkan isu ini. "Ralat rasanya apabila sudah setahun tunggu dan tiada single yang dilancarkan. Saya telah cuba menghantar lagu yang saya hasilkan tetapi tidak diberi peluang," katanya kepada mStar.
Daniel ditemui ketika majlis pelancaran album Sophia Zuhri pada malam Rabu. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Danial memberitahu sebelum ini dia masih bersangka baik namun kesabarannya semakin menipis apabila tiada sebarang perubahan berlaku dalam kariernya sejak menyertai Big Stage. Danial berkata, dia berasa seperti diabaikan apabila pihak berkenaan seakan-akan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik dari segi promosi, pemasaran dan penerbitan lagunya. "Saya mahu menyanyikan lagu sendiri dan bangga dengan perkara itu biarpun ia tidak popular, setidak-tidaknya saya sudah berusaha dan berikan yang terbaik. "Meskipun kontrak berbaki setahun lagi, saya tak boleh tunggu kerana orang nak dengar lagu, saya kena bergerak cepat," jelasnya. Sementara itu, Danial berkata, meskipun berdepan dengan masalah bersama syarikat pengurusan, itu tidak bererti dia serik untuk menyertai mana-mana label lain selepas ini. Malah, dia berharap dapat menyanyikan lagu ciptaan sendiri dan bukan lagi dikenali sebagai penyanyi 'cover'. "Apa yang berlaku saya jadikan pengajaran dan sekiranya masalah ini selesai, saya tetap terbuka untuk mengikat kontrak bersama syarikat lain. "Tindakan ini juga bukan hendak memburukkan pihak syarikat pengurusan tetapi saya sendiri banyak terima komen mengatakan saya pemalas sebab tiada produk baru. "Menjadi salah seorang tenaga pengajar di sekolah muzik Mark Adam juga ada kata saya sudah tidak laku dan tiada tawaran sehingga terpaksa bekerja sebagai guru muzik," ujarnya. Sumber: mStar
|
EncikRhoma replied at 26-8-2022 09:58 AM
Hamasiah samsudin tu ayah dia la
Hamasiah@Samsudin, 21,
ADVERTISEMENT