CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3213|Reply: 28

Dituduh Pemalas, Sebenarnya Dah Setahun Daniel Chuer 'Diabaikan' Syarikat Pengurusan

[Copy link]
Post time 26-8-2022 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Naib juara program Big Stage musim keempat, Danial Chuer sudah penat setahun menunggu janji syarikat pengurusannya iaitu Aries Music Sdn Bhd untuk melancarkan single terbaharunya yang masih tiada khabar.


Hamasiah@Samsudin, 21, berkata, kegagalan pihak tersebut melaksanakan janji dan tanggungjawab membuatkan dia sudah tawar hati untuk meneruskan kontrak bersama syarikat tersebut.




IG Daniel Chuer




"Saya sudah sediakan semua perkara yang diperlukan dan hanya tunggu masa untuk bertemu dengan pihak pengurusan bagi membincangkan isu ini.


"Ralat rasanya apabila sudah setahun tunggu dan tiada single yang dilancarkan. Saya telah cuba menghantar lagu yang saya hasilkan tetapi tidak diberi peluang," katanya kepada mStar.


Daniel ditemui ketika majlis pelancaran album Sophia Zuhri pada malam Rabu.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Danial memberitahu sebelum ini dia masih bersangka baik namun kesabarannya semakin menipis apabila tiada sebarang perubahan berlaku dalam kariernya sejak menyertai Big Stage.


Danial berkata, dia berasa seperti diabaikan apabila pihak berkenaan seakan-akan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik dari segi promosi, pemasaran dan penerbitan lagunya.


"Saya mahu menyanyikan lagu sendiri dan bangga dengan perkara itu biarpun ia tidak popular, setidak-tidaknya saya sudah berusaha dan berikan yang terbaik.


"Meskipun kontrak berbaki setahun lagi, saya tak boleh tunggu kerana orang nak dengar lagu, saya kena bergerak cepat," jelasnya.


Sementara itu, Danial berkata, meskipun berdepan dengan masalah bersama syarikat pengurusan, itu tidak bererti dia serik untuk menyertai mana-mana label lain selepas ini.




IG Daniel Chuer




Malah, dia berharap dapat menyanyikan lagu ciptaan sendiri dan bukan lagi dikenali sebagai penyanyi 'cover'.


"Apa yang berlaku saya jadikan pengajaran dan sekiranya masalah ini selesai, saya tetap terbuka untuk mengikat kontrak bersama syarikat lain.


"Tindakan ini juga bukan hendak memburukkan pihak syarikat pengurusan tetapi saya sendiri banyak terima komen mengatakan saya pemalas sebab tiada produk baru.


"Menjadi salah seorang tenaga pengajar di sekolah muzik Mark Adam juga ada kata saya sudah tidak laku dan tiada tawaran sehingga terpaksa bekerja sebagai guru muzik," ujarnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2022 02:58 PM | Show all posts
Akak tak kenal ko sangat dik..
Tapi industri seni kat Malaysia ni kalau ada Non Malay nak join cuba bagi perhatian sikit
Tak lah di monopoli dek Melayu aje
Pelbagaikan sikit artis2 kat industri ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 03:18 PM | Show all posts
ala x kenal, sebab aku x tgk big stage
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 03:23 PM | Show all posts
Heshe mendonia je kat medsos, byk view byk le duit masuuk dekk
Nak harap sykt pengurusan pun haukk dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 04:24 PM | Show all posts
hamasiah???


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamasiah@samsudin tu sapa pulak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamasiah samsudin tu ayah dia la
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 05:24 PM | Show all posts
EncikRhoma replied at 26-8-2022 09:58 AM
Hamasiah samsudin tu ayah dia la

Tak kan bapak dia umur 21
Hamasiah@Samsudin, 21,


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Danial Chuer aka Hamasiah Samsudin ke? Ke reporter slh tulis.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Perawankota at 26-8-2022 06:03 PM



Ooo nama betul dia Daniel Chuer Bin Hamasiah Samsudin
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 07:01 PM | Show all posts
Lagu yang dia buat tu sedap. Tajuk Mentari. Stok stok boley jd OST drama pukul 7
Mamat ni kena cari lagu2 ballad R&B sebab lepas Hafiz Suip jatuh terus takde pelapis dah genre2 gini. Dia ni walaupun kelempuk tapi suara dia sedap
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 07:28 PM | Show all posts
Suara heshe sedap tp kedang mcm oversing, pernah tgk live kat IB, mmg sedap tapi tulah, kekadang heshe suka nak growling mcm Xtina. hehhehe. Berbakat la heshe, masa big stage boleh tengok tahap usaha heshe utk setiap persembahan. Usaha dan bakat heshe patut dihargai. Harap heshe tidak putus asa dan terus berusaha!
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kenal dia sb big stage Suara best gila kot Kenapa la pengurusan buat mcm tu Tp sang juara big stage tu pun sejuk membeku.. si aisyah tu masa raya hari tu ada juga nampak dia tp skg pun dh membeku.. pada iols mereka ni antara lapisan penyanyi muda yg berbakat la Kenapa diaorg tak masuk rockefeller ke apa benda nama tah
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
xper dikkk xjadikk penyanyi ko jadikk influenzaa ehh silap influencer pon okk.. Duit kepok2 dapat
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kenal heols kerna terlihat satu bideo di utiub, heols nyanyi dekat satu mall disertai sorakan ummah di situ. Sedap yach sore heols, boleyh jual.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik malaysia nie suara sedp pengurusan x nak layan
Suara mcm bella berlambak lak jemputan lepastu salahkan ade penyakit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2022 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyanyi bapok xde yg berjaya dlm nyanyian. Semua ke laut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap die bole release single die sendiri... Pelapis2 ni.. Bwh sikit dr Amir Masdi
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dik Daniel…jgn mengalah okay…acik mmg sokong ko dr BS lagi…baguih dah jaga badan…makin herlokkk…
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 10:34 PM | Show all posts
ko xde aura dik..tu je
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.455636 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list