CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Tekup Muka Kekasih Dengan Bantal Hingga Maut Di Kampung Pandan Sebab Minta Putus

26-8-2022 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7997| Komen: 77

Remaja lelaki ditahan selepas dipercayai membunuh menekup muka seorang wanita dengan bantal sehingga mati di sebuah rumah di Kampung Pandan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, remaja berusia 19 tahun itu ditahan di tepi jalan berdekatan lokasi kejadian dipercayai dalam usaha untuk melarikan diri.


Gambar hiasan

Beliau berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan kenalannya iaitu remaja berkenaan meminta bantuan untuk mengambilnya di Kampung Pandan kerana dia sudah menekup muka mangsa menggunakan bantal sehingga tidak sedarkan diri.


Katanya, pihak polis kemudian ke lokasi tempat kejadian dan menemui mangsa iaitu seorang wanita berusia 24 tahun dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik rumah berkenaan.

"Pemeriksaan pada badan mangsa tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

"Bertindak atas maklumat pada 9.20 malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan suspek warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes ini berdekatan lokasi kejadian.

"Suspek berusia 19 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semasa tangkapan dibuat, polis merampas pakaian yang digunakan oleh suspek semasa kejadian.

Katanya, Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menjumpai beberapa barang yang boleh membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan dan akan melengkapkan siasatan dalam tempoh masa yang terdekat," katanya.

Cha berkata, suspek kini direman tujuh hari sehingga 31 Ogos ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 26-8-2022 02:33 PM
Mangsa 24 thn..suspek 19 thn..mmm blh dikategori sbg couple ikan ke X ni??..mgkin SBB klu putus, tiada LG pemberian biasiswa Dr mangsa kpd suspek..JD mgkin suspek sakit hati Dan jdlah penjenayah.....sungguh murah nilai nyawa disaat ini...semoga dilindungi semua termsk den juga...
Quote lyshafull 26-8-2022 02:35 PM
Salam takziah

Pabila emosi menguasai otak
Quote vespa_oren 26-8-2022 02:38 PM
nie yg viral gambar arwah semalam
Quote Orenn1 26-8-2022 02:51 PM
Gegurls hati2 mintak putus, inform family kwn2 n tmpt keja juga dulu sebelum inform bf sebagai langkah keselamatan. Mmg ada tau jantan loser gini jenis takleh terima, aku pnh kena masa zmn 20an dulu siap sampai dtg ofis nak buat kecoh terperanjat aku, nasib baik time dah nak balik, aku terus jalan masuk lif so dia pun ikut tak sempatlah dia jak buat havoc, klu tak malu aku n lps tu aku terpaksa ye mcm kawan dgn dia lg supaya dia tak dtg buat kacau kat ofis tp belakang dia dah lama aku keluar2 dating dgn jantans lain padan muka lol sbb dia ni harapkan muka jah hensem tp sengkek kuar dgn dia makan kat kedaii mamak, aku dulu jenis nak makan kat hotel, lps tu dgn dia jenis jeles sampai thp bangsattt, ko ingat aku hidop bwh tapak kaki ko setakat gaji 2 3 ko plus kaki controlllll namamposss huh
Quote kechikchomel 26-8-2022 02:52 PM
vespa_oren replied at 26-8-2022 02:38 PM
nie yg viral gambar arwah semalam

viral kat mana?bangsa apa?
Quote brego 26-8-2022 02:55 PM
dek, lain kali nak clash dengan boifren,
tengok mental nya dulu dek.

kalau nampak jenis baran, bengis, meroyan dan mentally ill,
cukup clash pakai wasap or call saja

umur 19 dah kena gantung, sia sia hidup kau dek
Quote brego 26-8-2022 03:00 PM
Edited by brego at 26-8-2022 03:02 PM
Orenn1 replied at 26-8-2022 02:51 PM
Gegurls hati2 mintak putus, inform family kwn2 n tmpt keja juga dulu sebelum inform bf sebagai langk ...

betina loser pun ramai.

ex gelfren aku pong penah datang opis bawak besi,
sanggup datang rentas negeri, drive lebih 100km,
semata mata nak serang aku sebab tak puas hati kena clash  

Quote vespa_oren 26-8-2022 03:01 PM
kechikchomel replied at 26-8-2022 02:52 PM
viral kat mana?bangsa apa?

kat fb ada siap gambar arwah tu
Quote kechikchomel 26-8-2022 03:03 PM
vespa_oren replied at 26-8-2022 03:01 PM
kat fb ada siap gambar arwah tu

takde pulak lalu lalang kat fb iolss.
melayu la ye.
ermmmm...
Quote manehnya 26-8-2022 03:07 PM
kechikchomel replied at 26-8-2022 03:03 PM
takde pulak lalu lalang kat fb iolss.
melayu la ye.
ermmmm...

kat tictac belambak...
Quote Orenn1 26-8-2022 03:09 PM
brego replied at 26-8-2022 03:00 PM
betina loser pun ramai.

ex gelfren aku pong penah datang opis bawak besi,

ye ke ya amponnn dasatt ye ex gf ko, sampai thp gitu ye bawak besi so apa cita seterusnya kat ofis tu? main kacau tempat keja yg tak best tu sbb tempat kita cari makan kan tp mmg yg kena clashh tu yg sakitttt kita yg dumped gf/bf ni mmg ok sgttt, nak move on sgttt aku mmg dah dating segala, act dr mula2 kenal pun aku just nak ambil experience kawan2 dgn jantan pelbagaiii lapisan bukannya bererti gerenti nak buat laki, agak2 lah klu org tak nak lol
Quote glump 26-8-2022 03:11 PM
Kalau setakat baru couple Tak gatal2 nk bawk balik umah .dah tak pasal privacy terganggu, security peribadi tergugat
Quote cap_ayam 26-8-2022 03:31 PM
Oh kat klang pun ada kg pandan ye.. mula2 baca ingatkan kg pandan kat tesco ampang tu.
Quote hareeeesah 26-8-2022 03:45 PM
Tgk tiktok kwn dia post mangsa dak motor rupa pun muda sgt mcm budak skolah.. apa la yg ko gi bunuh anak org jauh lagi pejalanan hidup ni kalau berpisah pun
Quote myakayina 26-8-2022 03:52 PM
pembunuhan dah jadi benda biasa je skrg ni..
Quote myakayina 26-8-2022 03:52 PM
pembunuhan dah jadi benda biasa je skrg ni..hati2 jelah..
Quote jalfa 26-8-2022 03:54 PM
X relak jantan ni Seram.dpt jantan mental.awek mintak putus cinta je..bukan mintak nyawa ko pon..org lain berpuluh taun kawen lps tu cerai relek je.
Quote cmf_premierleag 26-8-2022 03:55 PM
pompuan 24thn
lelaki 19thn...sah biawak sbb no income dan harapkan hasil duit dr gelfren je
Quote black_handbag 26-8-2022 04:03 PM
tak berbaloi masuk penjara

patut scam duit org juta2 ke mcm adikkana tu. itu pon terlepas lps penjara kejap. keluar leh jimba2 lg dgn duit hasil menipu org. umur 19 thn tp dah ke dalam sbb cinta. bodoh jantan ni

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.034202 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top