View: 7202|Reply: 76
|
Remaja Tekup Muka Kekasih Dengan Bantal Hingga Maut Di Kampung Pandan Sebab Minta Putus
[Copy link]
|
|
Remaja lelaki ditahan selepas dipercayai membunuh menekup muka seorang wanita dengan bantal sehingga mati di sebuah rumah di Kampung Pandan, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, remaja berusia 19 tahun itu ditahan di tepi jalan berdekatan lokasi kejadian dipercayai dalam usaha untuk melarikan diri.
Gambar hiasan
Beliau berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan kenalannya iaitu remaja berkenaan meminta bantuan untuk mengambilnya di Kampung Pandan kerana dia sudah menekup muka mangsa menggunakan bantal sehingga tidak sedarkan diri.
Katanya, pihak polis kemudian ke lokasi tempat kejadian dan menemui mangsa iaitu seorang wanita berusia 24 tahun dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik rumah berkenaan.
"emeriksaan pada badan mangsa tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.
"Bertindak atas maklumat pada 9.20 malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan suspek warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes ini berdekatan lokasi kejadian.
"Suspek berusia 19 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, semasa tangkapan dibuat, polis merampas pakaian yang digunakan oleh suspek semasa kejadian.
Katanya, Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menjumpai beberapa barang yang boleh membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"ihak polis masih menjalankan siasatan dan akan melengkapkan siasatan dalam tempoh masa yang terdekat," katanya.
Cha berkata, suspek kini direman tujuh hari sehingga 31 Ogos ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa 24 thn..suspek 19 thn..mmm blh dikategori sbg couple ikan ke X ni??..mgkin SBB klu putus, tiada LG pemberian biasiswa Dr mangsa kpd suspek..JD mgkin suspek sakit hati Dan jdlah penjenayah.....sungguh murah nilai nyawa disaat ini...semoga dilindungi semua termsk den juga... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah
Pabila emosi menguasai otak |
|
|
|
|
|
|
|
nie yg viral gambar arwah semalam |
|
|
|
|
|
|
|
Gegurls hati2 mintak putus, inform family kwn2 n tmpt keja juga dulu sebelum inform bf sebagai langkah keselamatan. Mmg ada tau jantan loser gini jenis takleh terima, aku pnh kena masa zmn 20an dulu siap sampai dtg ofis nak buat kecoh terperanjat aku, nasib baik time dah nak balik, aku terus jalan masuk lif so dia pun ikut tak sempatlah dia jak buat havoc, klu tak malu aku n lps tu aku terpaksa ye mcm kawan dgn dia lg supaya dia tak dtg buat kacau kat ofis tp belakang dia dah lama aku keluar2 dating dgn jantans lain padan muka lol sbb dia ni harapkan muka jah hensem tp sengkek kuar dgn dia makan kat kedaii mamak, aku dulu jenis nak makan kat hotel, lps tu dgn dia jenis jeles sampai thp bangsattt, ko ingat aku hidop bwh tapak kaki ko setakat gaji 2 3 ko plus kaki controlllll namamposss huh |
|
|
|
|
|
|
|
viral kat mana?bangsa apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
dek, lain kali nak clash dengan boifren,
tengok mental nya dulu dek.
kalau nampak jenis baran, bengis, meroyan dan mentally ill,
cukup clash pakai wasap or call saja
umur 19 dah kena gantung, sia sia hidup kau dek |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 26-8-2022 03:02 PM
betina loser pun ramai.
ex gelfren aku pong penah datang opis bawak besi,
sanggup datang rentas negeri, drive lebih 100km,
semata mata nak serang aku sebab tak puas hati kena clash
|
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 26-8-2022 02:52 PM
viral kat mana?bangsa apa?
kat fb ada siap gambar arwah tu |
|
|
|
|
|
|
|
takde pulak lalu lalang kat fb iolss.
melayu la ye.
ermmmm...
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ke ya amponnn dasatt ye ex gf ko, sampai thp gitu ye bawak besi so apa cita seterusnya kat ofis tu? main kacau tempat keja yg tak best tu sbb tempat kita cari makan kan tp mmg yg kena clashh tu yg sakitttt kita yg dumped gf/bf ni mmg ok sgttt, nak move on sgttt aku mmg dah dating segala, act dr mula2 kenal pun aku just nak ambil experience kawan2 dgn jantan pelbagaiii lapisan bukannya bererti gerenti nak buat laki, agak2 lah klu org tak nak lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau setakat baru couple Tak gatal2 nk bawk balik umah .dah tak pasal privacy terganggu, security peribadi tergugat |
|
|
|
|
|
|
|
Oh kat klang pun ada kg pandan ye.. mula2 baca ingatkan kg pandan kat tesco ampang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk tiktok kwn dia post mangsa dak motor rupa pun muda sgt mcm budak skolah.. apa la yg ko gi bunuh anak org jauh lagi pejalanan hidup ni kalau berpisah pun |
|
|
|
|
|
|
|
pembunuhan dah jadi benda biasa je skrg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
pembunuhan dah jadi benda biasa je skrg ni..hati2 jelah.. |
|
|
|
|
|
|
|
X relak jantan ni Seram.dpt jantan mental.awek mintak putus cinta je..bukan mintak nyawa ko pon..org lain berpuluh taun kawen lps tu cerai relek je. |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan 24thn
lelaki 19thn...sah biawak sbb no income dan harapkan hasil duit dr gelfren je |
|
|
|
|
|
|
|
tak berbaloi masuk penjara
patut scam duit org juta2 ke mcm adikkana tu. itu pon terlepas lps penjara kejap. keluar leh jimba2 lg dgn duit hasil menipu org. umur 19 thn tp dah ke dalam sbb cinta. bodoh jantan ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|