CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penganggur Bunuh Warga Emas Selepas Rogol Ke Tali Gantung

26-8-2022 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3072| Komen: 21

Perbuatan tidak perikemanusiaan seorang penganggur membunuh seorang nenek berusia 85 tahun selepas merogol dan meliwat tiga tahun lalu akhirnya berbalas apabila dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, hari ini.


Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan demikan terhadap tertuduh, K. Satiaraj, 30, yang didapati bersalah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.



Ab. Karim dalam penghakimannya memberitahu, kenyataan tertuduh bersifatkan penafian semata-mata apabila menyatakan tiada niat untuk membunuh.

“Ini kerana tertuduh telah menyumbat kain ke dalam mulut selain mengikat mulut sampai ke telinga. Ini menunjukkan tertuduh mempunyai niat mencederakan rongga pernafasan si mati.


“Ini (tindakan) tertuduh akan menyebabkan kelemasan tanpa udara yang membawa kematian agak tinggi (kepada si mati),” katanya.

Jelas Ab. Karim, keterangan tertuduh bahawa semasa kejadian berada dalam keadaan mabuk disebabkan dadah juga tidak boleh diterima ekoran tertuduh tidak mempunyai masalah untuk menceritakan kejadian itu.

Ini termasuk pecah masuk rumah si mati untuk mencuri, mengetahui tutup mulut akan membuatkan si mati tidak menjerit dan mengikat tangan si mati supaya tidak memboleh membuka mulutnya.

“(Kesalahan) rogol dan liwat, tertuduh telah akui salah. Tertuduh juga telah menyelongkar almari si mati dan mengambil rantai emas.

“Tertuduh juga telah meminta seseorang gadaikan rantai emas itu. Justeru, sebelum, semasa dan selepas (kejadian) tertuduh berada dalam keadaan normal,” ujarnya.

Justeru, Ab. Karim menegaskan tiada hukuman lain dalam kesalahan ini kecuali hukuman gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan, Satiaraj telah membunuh seorang wanita berusia 85 tahun di sebuah rumah flat di Kampung Tasik Tambahan, Ampang dekat sini antara 11.40 pagi hingga 1 tengah hari pada 19 September 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Heikal Ismail manakala tertuduh diwakili Peguam Salidin Mohd. Yasin.

Sepanjang prosiding kes bermula 2 Disember tahun lalu seramai 19 saksi pendakwaan telah dikemukakan dengan pembelaan dilakukan menerusi keterangan tertuduh di kandang saksi. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 26-8-2022 01:31 PM
Ni kes yang mana haa? Takde ke kita bermesyuarat dalam ni bincang-bincang?
Quote 3chanceno 26-8-2022 01:37 PM
Ingat crita dari leluhur sana, rupanya di msia  

Apa kena rogol & liwat orang tua umur 85 tahun? Memang patut di hukum gantung
Quote penmerah 26-8-2022 01:40 PM
Moga merepot ko Di Sana
Padan muka
Quote dua_chzy 26-8-2022 01:41 PM
Eh ni yang kes mana satu? Tak popular masuk media ka?
Quote shernazz 26-8-2022 01:58 PM
Mak aih...
Gila.nenek octogenarian woiii...
Entah2 dia ni mmg fetish nenek2 kots..
Konon mabuk..puik!!!
Banduan2 lain sila.soh dia.kutip sabun.k
Quote edayildiz 26-8-2022 02:01 PM
gila..asal blh..onyang pun blh..gila..seram..
bangsa apa tu?
jiran i negro..selalu bertembung kt parking time balikk kerja..dia dk jer dlm krta..parking he sblh la keta i..tiberr..saja nk fitnah black man
Quote manjalara_01 26-8-2022 02:48 PM
Nak kurangkan or lupuskan sebat kan? Genius!!
Quote syamzana 26-8-2022 02:57 PM
kejam giler. mabuk todi ke masa tgh buat jahat tu?nenek tu 85 ko tolak sebelah tgn pun berpusing2 dia tergolek, apetah lg rogol liwat sumbat kain dlm mulut
Quote fifie_olin 26-8-2022 03:04 PM
gila
napsu syaiton
Quote supernaturalee 26-8-2022 03:09 PM
ko melahap ape sblm rompak tok nek tu smpi naik ciknek tuuuu

kim k betul lar
Quote ezacbee 26-8-2022 03:22 PM
Rompak jelah nape sampai nak merogol meliwat. Bingai.
Quote KamikuP 26-8-2022 03:26 PM
Dah mabuk pompuan yg tua pun nampak syeksi
Quote renko 26-8-2022 03:50 PM
gantung jela cpt2 kel ni
Quote black_handbag 26-8-2022 04:01 PM
rogol dan liwat. selera dia kat nenek tua ye. nenek ni melayu ke keling. bagus hakim ni jatuh hukum gantung. mmg sesuai dgn kesalahan
Quote setori_mori 26-8-2022 08:10 PM
Ingat2 lupa kes ni dulu. Masuk nak curi tapi last2 bunuh nenek
Quote jerukkedondong 26-8-2022 08:28 PM
Dapat nenek tua pun dia ganyang cukup2..kalau dapat anak dara ke pompuan muda ke mcm mn la agaknya...
Saiton
Quote Kurex 26-8-2022 08:36 PM
Ingatkan dari uttar pradeshhhhhh
Quote Adrif 26-8-2022 09:15 PM
GILA.. aku ingatkan berita luar negara tadi..

dia bawah pengaruh bahan terlarang ke apa
Quote Carcosa 26-8-2022 09:34 PM
Babi betul. Dah la dkt tgh hari remang kau buat kerja.
Semoga kau mampos dlm kehinaan, dan yg terpalingggggggg azab

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.125839 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top