View: 2563|Reply: 21
|
Penganggur Bunuh Warga Emas Selepas Rogol Ke Tali Gantung
[Copy link]
|
|
Perbuatan tidak perikemanusiaan seorang penganggur membunuh seorang nenek berusia 85 tahun selepas merogol dan meliwat tiga tahun lalu akhirnya berbalas apabila dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, hari ini.
Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan demikan terhadap tertuduh, K. Satiaraj, 30, yang didapati bersalah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Ab. Karim dalam penghakimannya memberitahu, kenyataan tertuduh bersifatkan penafian semata-mata apabila menyatakan tiada niat untuk membunuh.
“Ini kerana tertuduh telah menyumbat kain ke dalam mulut selain mengikat mulut sampai ke telinga. Ini menunjukkan tertuduh mempunyai niat mencederakan rongga pernafasan si mati.
“Ini (tindakan) tertuduh akan menyebabkan kelemasan tanpa udara yang membawa kematian agak tinggi (kepada si mati),” katanya.
Jelas Ab. Karim, keterangan tertuduh bahawa semasa kejadian berada dalam keadaan mabuk disebabkan dadah juga tidak boleh diterima ekoran tertuduh tidak mempunyai masalah untuk menceritakan kejadian itu.
Ini termasuk pecah masuk rumah si mati untuk mencuri, mengetahui tutup mulut akan membuatkan si mati tidak menjerit dan mengikat tangan si mati supaya tidak memboleh membuka mulutnya.
“(Kesalahan) rogol dan liwat, tertuduh telah akui salah. Tertuduh juga telah menyelongkar almari si mati dan mengambil rantai emas.
“Tertuduh juga telah meminta seseorang gadaikan rantai emas itu. Justeru, sebelum, semasa dan selepas (kejadian) tertuduh berada dalam keadaan normal,” ujarnya.
Justeru, Ab. Karim menegaskan tiada hukuman lain dalam kesalahan ini kecuali hukuman gantung sampai mati.
Mengikut pertuduhan, Satiaraj telah membunuh seorang wanita berusia 85 tahun di sebuah rumah flat di Kampung Tasik Tambahan, Ampang dekat sini antara 11.40 pagi hingga 1 tengah hari pada 19 September 2019.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Heikal Ismail manakala tertuduh diwakili Peguam Salidin Mohd. Yasin.
Sepanjang prosiding kes bermula 2 Disember tahun lalu seramai 19 saksi pendakwaan telah dikemukakan dengan pembelaan dilakukan menerusi keterangan tertuduh di kandang saksi.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes yang mana haa? Takde ke kita bermesyuarat dalam ni bincang-bincang? |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat crita dari leluhur sana, rupanya di msia
Apa kena rogol & liwat orang tua umur 85 tahun? Memang patut di hukum gantung |
|
|
|
|
|
|
|
Moga merepot ko Di Sana
Padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
Eh ni yang kes mana satu? Tak popular masuk media ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aih...
Gila.nenek octogenarian woiii...
Entah2 dia ni mmg fetish nenek2 kots..
Konon mabuk..puik!!!
Banduan2 lain sila.soh dia.kutip sabun.k |
|
|
|
|
|
|
|
gila..asal blh..onyang pun blh..gila..seram..
bangsa apa tu?
jiran i negro..selalu bertembung kt parking time balikk kerja..dia dk jer dlm krta..parking he sblh la keta i..tiberr..saja nk fitnah black man |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kurangkan or lupuskan sebat kan? Genius!! |
|
|
|
|
|
|
|
kejam giler. mabuk todi ke masa tgh buat jahat tu?nenek tu 85 ko tolak sebelah tgn pun berpusing2 dia tergolek, apetah lg rogol liwat sumbat kain dlm mulut |
|
|
|
|
|
|
|
ko melahap ape sblm rompak tok nek tu smpi naik ciknek tuuuu
kim k betul lar
|
|
|
|
|
|
|
|
Rompak jelah nape sampai nak merogol meliwat. Bingai.  |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mabuk pompuan yg tua pun nampak syeksi |
|
|
|
|
|
|
|
rogol dan liwat. selera dia kat nenek tua ye. nenek ni melayu ke keling. bagus hakim ni jatuh hukum gantung. mmg sesuai dgn kesalahan |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat2 lupa kes ni dulu. Masuk nak curi tapi last2 bunuh nenek |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat nenek tua pun dia ganyang cukup2..kalau dapat anak dara ke pompuan muda ke mcm mn la agaknya...
Saiton |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan dari uttar pradeshhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
GILA.. aku ingatkan berita luar negara tadi..
dia bawah pengaruh bahan terlarang ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Babi betul. Dah la dkt tgh hari remang kau buat kerja.
Semoga kau mampos dlm kehinaan, dan yg terpalingggggggg azab |
|
|
|
|
|
|
| |
|