"Mahal? Rasa macam okey je." Noraniza Idris, 54, menjelaskan bahawa harga tiket konsert Malai Solo tidak mahal seperti didakwa netizen.
Malah, penyanyi itu menganggap harga tiket konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 hingga 23 Oktober ini berbaloi terutama dalam mengambil kira kualiti persembahan yang akan dipersembahkan. “Mahal ke? Saya rasa macam okey kerana ada buat rujukan harga tiket konsert sebelum ini. Harga-harga tiket biasanya RM250 hingga RM1100. Saya cuma tambah sedikit saja daripada harga yang pernah diletakkan penyanyi lain.
“Lagipun nilai yang ditetapkan saya berbaloi dengan persembahan yang dijanjikan kerana saya menggunakan pengarah, pemuzik dan penari profesional serta teknologi terkini untuk memeriahkan lagi persembahan,” katanya kepada Utusan Malaysia. Noraniza berkata demikian semasa pada sidang media konsert Malai Solo yang diadakan di Istana Budaya, kelmarin. Noraniza juga dengan penuh syukur mengumumkan dana sebanyak RM3 juta yang diterimanya daripada sebuah syarikat hartanah tempatan. “Alhamdulillah, saya lega apabila dana ini dapat menampung kos keseluruhan konsert ini. Pun begitu, saya masih mengalu-alukan penaja lain untuk membiayai konsert ini,” katanya.
|
dekmieDandy replied at 24-8-2022 04:03 PM
dah dapat sponsor patut boleh kurangkan dah harga tiket
dengar ramly ms jadi music director tu buat ...
supernaturalee replied at 24-8-2022 04:17 PM
tokram pengarah muzik ea
wow
Parit.Hilton replied at 24-8-2022 09:05 AM
si fedtri tu pun tak tahan gelak dengaq nek ani nyanyi lagu pibeday
ADVERTISEMENT