|
Zizan Razak mendedahkan antara cabaran terbesar ketika membawa watak Koperal Hafiq, di dalam filem Juang adalah untuk menjaga etika ketika memakai seragam polis.
Menurut Zizan, dia juga tidak boleh bertindak sembarangan agar tidak mencemarkan reputasi badan beruniform tersebut. “Pemakaian uniform polis juga merupakan satu cabaran buat diri saya kerana ia mempunyai banyak pantang larang. Saya tak boleh buat kelakar atau salah cakap. Kena ada tatatertib yang kita harus diikut. “Saya juga kena tahu cara berbahasa dan adab ketika memakai uniform ini. Ia merupakan satu tanggungjawab. Cara pemakaian pun kena jaga. Topi yang saya pakai itu tak boleh terlalu tinggi atau rendah.
“Ketua polis pun turun juga masa penggambaran filem ini sebab ada orang berkongsi gambar saya yang memakai topi dengan cara yang salah. Team wardrobe juga kena ambil tahu pasal etika pemakaian ini,” katanya kepada MH.
|
n3ar replied at 26-8-2022 08:54 AM
poyo la puak2 polis... yg dok kena rakam kutip duit rasuah masa pakai uniform jugak..
yg tertinja2 ...
n3ar: poyo la puak2 polis... yg dok ...
mrsbob87 replied at 26-8-2022 11:50 AM
beli tak salah, yang salah kalau minum air di khalayak ramai time bulan pose....
kadang, ada yang ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.318465 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.