CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1505|Reply: 11

Zizan Razak Tak Boleh Buat Kelakar Atau Salah Cakap Masa Pakai Uniform Polis

[Copy link]
Post time 25-8-2022 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Zizan Razak mendedahkan antara cabaran terbesar ketika membawa watak Koperal Hafiq, di dalam filem Juang adalah untuk menjaga etika ketika memakai seragam polis.


Menurut Zizan, dia juga tidak boleh bertindak sembarangan agar tidak mencemarkan reputasi badan beruniform tersebut.


Foto: IG




“Pemakaian uniform polis juga merupakan satu cabaran buat diri saya kerana ia mempunyai banyak pantang larang. Saya tak boleh buat kelakar atau salah cakap. Kena ada tatatertib yang kita harus diikut.


“Saya juga kena tahu cara berbahasa dan adab ketika memakai uniform ini. Ia merupakan satu tanggungjawab. Cara pemakaian pun kena jaga. Topi yang saya pakai itu tak boleh terlalu tinggi atau rendah.


“Ketua polis pun turun juga masa penggambaran filem ini sebab ada orang berkongsi gambar saya yang memakai topi dengan cara yang salah. Team wardrobe juga kena ambil tahu pasal etika pemakaian ini,” katanya kepada MH.




  



Jelas Zizan lagi, dia juga mengambil pendekatan untuk kurangkan bercakap mengenai perkara yang tidak perlu sepanjang melakonkan filem ini.


“Saya juga tak boleh sewenang-wenangnya buat lawak ketika pakai uniform dan saya bimbang kalau saya tak boleh kawal diri saya.


“Jadi, saya kekal fokus, berdiri tegak dan kurang berborak dengan orang sekeliling,” ujarnya lagi.


Aktor berusia 38 tahun berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem, Juang baru-baru ini.




  



Membawakan watak sebagai seorang anggota polis, Zizan berharap agar semua pihak dapat menerima lakonannya itu meskipun namanya sudah sinonim dengan watak-watak yang kelakar.


“Sebenarnya memang agar sukar tapi saya serahkan kepada orang luar untuk menilai. Disebabkan dunia komedi, masyarakat sudah merasa dekat dengan saya. Mungkin sebab saya selalu hiburkan mereka.


“Tapi bila di luar, saya tidaklah sentiasa kelakar. Kadang-kadang bila saya nak sampaikan sesuatu yang serius, orang jadi susah nak percaya.


  



“Namun, inilah harga yang harus saya bayar sebab saya dah sinonim dengan dunia komedi. Mungkin disebabkan kejayaan lawak saya, mereka rasa saya sebegitu.


“Tapi tak salah pun rasanya kalau saya berlakon karya-karya serius seperti ini untuk orang luar tahu yang saya juga mampu.




  



“Meskipun kehadiran saya di dalam industri ini diatas tiket Raja Lawak, tapi sebelum itu saya aktif dalam dunia teater. Saya juga idamkan sesuatu yang saya buat dahulu.


“Jadi, orang luar kena bezakan genre cerita yang mereka tonton. Saya tak mahu mereka hampa bila tongok saya berlakon watak serius,” akhirinya. -CARI


Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi2...macam la pulis tu sesuci minyak sri murni..tak caya tengok tele ES..siang duti,malam kutip ufti.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis evo tu dia berlakon, dialog lawak2 jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 09:04 PM | Show all posts
Apekah itu PILIS?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu wartawan Cari plak salah eja POLIS.
Oh pilisssslahhhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la kalau Faham Etika.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2022 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 26-8-2022 07:20 AM

Yela kang kalau salah laju netizen viral sana sini mcm drama petang2 selalu merapu bila scene kat hospital.
Btw iols baca kt fb katanya sedih pilem ni, lakonan last arwah kak dib ke ye? Nampak mcm ada dia berlakon.
Kisah frontliner masa lockdown kan kalau tak salah, ada 5 pengarah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 08:54 AM | Show all posts
poyo la puak2 polis... yg dok kena rakam kutip duit rasuah masa pakai uniform jugak..

yg tertinja2 kat tiktok masa beruniform jugak...

yg aku pernah jumpa tengah hari masa bulan puasa beli air tin kt stesen minyak pakai uniform jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2022 11:50 AM | Show all posts
n3ar replied at 26-8-2022 08:54 AM
poyo la puak2 polis... yg dok kena rakam kutip duit rasuah masa pakai uniform jugak..

yg tertinja2  ...

beli tak salah, yang salah kalau minum air di khalayak ramai time bulan pose....
kadang, ada yang bukan islam pun........
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
n3ar: poyo la puak2 polis... yg dok  ...

Teringat masa pkp..pergi balai nak cop surat rentas negeri..sarjen tu sambil makan krim kraker,masa bercakap berterabur habuk biskut.tanya ala kadar,langsung tak tengok muka kita..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 11:57 AM | Show all posts
sampai 5 pengarah dia. pengarah pun boleh tahan hebat2. harap pilem ni hebat la
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 02:45 PM | Show all posts
mrsbob87 replied at 26-8-2022 11:50 AM
beli tak salah, yang salah kalau minum air di khalayak ramai time bulan pose....
kadang, ada yang  ...

ehh kau..aku nampak depan mata melayu islam, memang tak minum depan orang, tapi kalau rukun islam pun takleh buat, apa tu cakap pasal peribadi dan disiplin ikut peraturan dan kanun sendiri..

lagi polis mau tunjuk polis ni suci baik terhormat sangat...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.116666 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list