TOKYO: Seorang remaja perempuan yang melakukan tikaman rambang di Shibuya memberitahu serangan itu adalah ‘latihan’ untuk membunuh ahli keluarganya sendiri.
Sumber polis mengesahkan gadis itu juga menyatakan tujuan dia menyerang kedua-dua mangsa dengan pisau dapur kerana mahu dijatuhkan hukuman mati. “Saya menikam mereka sebab nak tahu sama ada saya boleh membunuh orang atau tidak,” katanya. Dalam kejadian minggu lalu, seorang wanita berumur 53 tahun dan anak perempuan berusia 19 tahun mengalami kecederaan selepas ditikam suspek berusia 15 tahun di ibu kota.
Suspek yang berasal dari Toda, wilayah Saitaman ditahan di lokasi kejadian selepas disyaki cuba membunuh mangsa. Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati gadis berkenaan menghampiri anak-beranak tersebut ketika mereka sedang berjalan di sebuah jalan sempit di bandar itu sebelum bertindak menikam mangsa. Kedua-dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat tikaman tersebut termasuk luka sedalam kira-kira 10 sentimeter.-CARI Sumber: Utusan Online
|
ADVERTISEMENT