CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 887|Reply: 4

Gadis 15 Tahun Tikam Ibu Dan Anak Sebagi Persediaan Nak Bunuh Keluarga Sendiri

[Copy link]
Post time 25-8-2022 04:49 PM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Seorang remaja perempuan yang melakukan tikaman rambang di Shibuya memberitahu serangan itu adalah ‘latihan’ untuk membunuh ahli keluarganya sendiri.


Sumber polis mengesahkan gadis itu juga menyatakan tujuan dia menyerang kedua-dua mangsa dengan pisau dapur kerana mahu dijatuhkan hukuman mati.


“Saya menikam mereka sebab nak tahu sama ada saya boleh membunuh orang atau tidak,” katanya.


Foto: Kyodo




Dalam kejadian minggu lalu, seorang wanita berumur 53 tahun dan anak perempuan berusia 19 tahun mengalami kecederaan selepas ditikam suspek berusia 15 tahun di ibu kota.


Suspek yang berasal dari Toda, wilayah Saitaman ditahan di lokasi kejadian selepas disyaki cuba membunuh mangsa.


Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati gadis berkenaan menghampiri anak-beranak tersebut ketika mereka sedang berjalan di sebuah jalan sempit di bandar itu sebelum bertindak menikam mangsa.


Kedua-dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat tikaman tersebut termasuk luka sedalam kira-kira 10 sentimeter.-CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh ngape x try kat diri sendiri aje gilerrr….
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 11:29 PM | Show all posts
kat US tembakan rambang
kat Jepun tikaman rambang

aneh ya jenis membunuh di setiap negara
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh je la diri tu sendiri. Nak mati beramai2 pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde gambaq si pelaku ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.705130 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list