Susulan isu pengasas produk yang dikatakan telah melacurkan industri hiburan, pelakon Azhar Sulaiman tampil mempertahankan kehadiran golongan tersebut dalam sama-sama memeriahkan bidang sama.
Menurut Azhar, 51, dia berpendapat golongan pengasas produk turut mempunyai peminat yang sentiasa menanti-nantikan content daripada mereka. “You all (pengasas produk) bukan perosak. Tapi provider video materials yang orang curious nak tengok dan minat serta follow you all. “Cantik dan sedap terpulang kepada yang minat. Yang tak minat boleh saja tengok video materials yang skema-skema sahaja.
“Mereka ini orang berniaga, ini cara mereka ‘berniaga’, mesti jadi popular,” tulis Azhar menerusi ruangan komen di Instagram Media Hiburan Official. Aktor itu meninggalkan komen menerusi posting video MH mengenai respon balas usahawan Datuk Seri Vida mengenai dakwaan penyanyi senior yang menyifatkan kehadiran pengasas produk sebagai perosak industri muzik. Dalam video itu juga, Vida mengakui suara sedap didengar dan mutu vokalnya semakin baik dari masa ke semasa. “Penyanyi dulu pun bukan dari asal suara sedap… dia nyanyi satu lagu lepas itu dah improved. Suara saya pun dah improved. “Lagu saya Ku Ikhlaskan, mana ada penyanyi di Malaysia yang dapat spark macam itu tapi saya dapat (sehingga lagu itu menjadi popular) dan lagu ini bukan genre untuk viral, it’s a serious song dan suara saya sedap.
|
ADVERTISEMENT